Isnin, 9 November 2015

Ibu Bapa Dayak Digesa Agar Kurang "Sensitif", Di Tengah Protes Mengenai Guru Besar Islam

Menteri Sarawak yang bertanggungjawab untuk pendidikan, Datuk Fatimah Abdullah berkata
kementrian pendidikan telah memeriksa dengan terperinci latarbelakang guru besar baru
Muslim di SMK Sungai Paoh, Sarikei -  Gambar oleh Sulok Tawie

KUCHING, 7 Nov - Seorang menteri Sarawak hari ini menggesa ibubapa-ibubapa Dayak dan kumpulan-kumpulan berkepentingan agar berhenti merasa "sensitif secara perkauman dan keagamaan" sambil kumpulan etnik terbesar di negeri itu membangkitkan persoalan mengenai perlantikan seorang ustaz sebagai guru besar baru sebuah sekolah bermajoriti Dayak di Sarikei.

Menteri Negeri yang bertanggungjawab untuk pendidikan, Datuk Fatimah Abdullah, berkata ianya tidak adil untuk menganggap bahawa guru yang terbabit itu, Ustaz Roslin Che Mood, adalah seorang pelamapau agama yang ingin menukar agama pelajar-pelajar Dayak semata-mata kerana dia adalah ustaz dan berasal dari Kelantan. 

"Sebenarnya, dia seorang yang lemah lembut, bukan pelampau agama dan tidak berkecederungan terhadap parti Islam PAS," dia memberitahu wartawan selepas melancarkan satu acara di sini.

Roslin dijadualkan melapor diri untuk tugas di SMK Sungai Paoh di Sarikei, lebih kurang 360km di timur laut ibu negeri, Kuching - pada 9 November.

Perlantikannya, walau bagaimanapun, telah disambut dengan bantahan kuat selepas beberapa insiden yang telah dilaporkan mengenai guru-guru yang menukar agama pelajar-pelajar Dayak, yang kebanyakannya Kristian, ke agama Islam.

Fatimah hari ini memberi jaminan bahawa kementrian pendidikan persekutuan telah memeriksa dengan terperinci latar belakang Roslin kerana mereka menyedari sentimen tempatan di kalangan orang-orang Dayak terhadap guru-guru agama daripada Semenanjung. 

"Jika dia didapati tidak baik kemudian hari, ibu bapa dan badan bukan kerajaan mempunyai sebab untuk mengadu," dia berkata.

Pada Mac tahun ini, seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun telah mendakwa bahawa dia telah dipaksa masuk Islam oleh dua orang guru agama di SMK Lutong di daerah utara Miri.

Pelajar itu telah membuat laporan polis terhadap guru-guru itu, mendakwa mereka memberinya RM250 untuk masuk Islam.

Dua guru itu telah dipindahkan ke luar dari Sarawak sejak itu. 

Pada Mei tahun lepas, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr. James Masing mengkritik kementrian pendidikan kerana gagal memantau aktiviti keagamaan di sekolah-sekolah, berikutan laporan sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di Semenanjung dan dua guru agama secara senyap-senyap telah menukar agama 50 orang pelajar Dayak yang miskin dari SMK Balai Ringin di daerah pedalaman Serian.

Ketua PKR Sarawak, Baru Bian juga telah mendakwa mengenai cubaan oleh guru-guru Muslim untuk menukar agama murid-murid pra-sekolah di kawasan perundangan negeri, Ba Kelalan yang diwakilinya. 

(Diterjemah daripada artikel The Malay Mail bertajuk, "Dayak Parents Told To Be Less 'Sensitive', Amid Protests Over New Muslim Principal" penulisan Sulok Tawie bertarikh 7 November 2015)