Jumaat, 25 Disember 2015

Sultan Johor Mengucapkan Selamat Hari Krismas Kepada Penganut Kristian

Sultan Johor Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

PETALING JAYA: Sultan Johor Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengucapkan "Selamat Hari Krismas" kepada semua penganut Kristian di Malaysia.

Di laman Facebooknya pada hari ini, Sultan Ibrahim berharap mereka dapat meraikannya dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan di samping keluarga dan rakan-rakan tersayang. 

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menulis dalam laman Facebook Johore Southern Tigers, juga mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian.

"Bagi pihak Persatuan Bolasepak Johor dan semua pemain JDT (Johor Darul Takzim), saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua peminat kami yang beragama Kristian. 

"Kepada seluruh bangsa Johor, saya mengucapkan kepada anda semua Selamat Tahun Baru. Semoga tahun yang mendatang penuh dengan kejayaan dan berkat untuk semua," tulisnya.

(Diterjemah daripada laporan The Star Online bertajuk, "Christmas Greetings From Johor Sultan" penulisan T. Avineshwaran bertarikh 25 Disember 2015)