Jumaat, 25 Disember 2015

Adenan Ulangi Kristian Boleh Guna 'Allah'

Gambar dari Facebook "Rakan BestNye Sarawak"

KUCHING: Umat Kristian di Sarawak pasti lega dengan jaminan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sekali lagi berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ dan kitab Injil.

“Saya telah mengumumkan bahawa umat Kristian di Sarawak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ asalkan digunakan dengan penuh rasa hormat dan sanjungan.

“Dan izinkan saya sekali lagi memberitahu rakan-rakan Kristian kita di Sarawak bahawa tidak ada kitab Injil akan dirampas daripada anda dan tidak ada halangan penggunaan kitab Injil di kalangan umat Kristian di Sarawak,” katanya.

Menerusi perutusan sempena Hari Krismas, beliau berkata sebagai Ketua Menteri kepada semua warga Sarawak, beliau akan berjuang untuk kepentingan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

(Dipetik daripada artikel The Borneo Post bertajuk "Adenan Ulangi Kristian Boleh Guna 'Allah'" penulisan Saibi Gi bertarikh 25 Disember 2015)