Jumaat, 10 Jun 2016

Tahukah Anda Mengenai Pergerakan Kristian - Pentakosta, Karismatik, Evangelikal?



Gerakan Pantekosta dan Karismatik telah berkembang dengan cepat sejak permulaannya gerakan Pentakosta (seratus tahun yang lalu) dan Karismatik (lima puluh tahun yang lalu). Berikut data yang menunjukkan jumlah dan taburan pengikut dalam gerakan-gerakan Pantekosta, Karismatik dan Evangelikal (untuk takrifan gerakan-gerakan ini, lihat di bahagian tengah artikel)

Menurut analisa Pew Forum daripada anggaran yang diperoleh daripada Center for the Study of Global Christianity (CSGC) di Gordon-Conwell Theological Seminary, terdapat lebih kurang 279 juta Kristian Pentakosta dan 305 juta Kristian Karismatik di dunia. Ini bermakna, menurut analisa ini, Kristian Pentakosta dan Karismatik secara gabungan merangkumi lebih kurang 27% daripada semua Kristian dan lebih dari 8% jumlah populasi dunia. 

Tambahan lagi, terdapat lebih 285 juta Kristian yang telah digolongkan oleh CSGC sebagai Evangelikal, samada kerana mereka terdiri dari gereja-gereja yang bergabung di bawah persatuan evangelikal serantau atau global, atau kerana mereka mengenalkan diri sebagai Evangelikal. Oleh kerana ramai daripada pengikut Pentakosta dan Karismatik juga adalah Evangelikal, kategori-kategori ini adalah tidak saling terpisah; jumlah Evangelikal tidak harus ditambahkan kepada jumlah Kristian Pentakosta dan Karismatik.

Nota: Golongan Pentakosta dan Karismatik adalah dua kategori yang berbeza, tetapi ramai daripada mereka juga adalah Evangelikal, oleh itu ketiga-tiga kategori itu tidak harus dijumlahkan bersama.


TAKRIFAN - PANTEKOSTA, KARISMATIK, EVANGELIKAL:

A) Gerakan Kristian Pentakosta

Umat Kristian Pentakosta adalah anggota-anggota denominasi Protestan yang khusus atau gereja-gereja bebas yang berpegang pada pengajaran bahawa semua Kristian harus mendapatkan pengalaman rohani selepas diselamatkan yang dipanggil baptisan di dalam Roh Kudus. 

Denominasi-denominasi dan gereja-gereja ini mengajar bahawa mereka yang mengalami baptisan Roh Kudus akan menerima satu atau lebih karunia roh, termasuk kebolehan untuk bernubuat atau menyampaikan mesej daripada Tuhan, melakukan penyembuhan fizikal, berbahasa roh (glossolalia), dan menafsirkan bahasa roh. 

Gerakan Pentakosta berakar dari Holiness Movement (Gerekan Kekudusan) abad ke-19, yang mengajukan amalan hidup suci peribadi yang sungguh-sungguh. Ianya telah berkembang menjadi satu gerakan keagamaan yang khusus pada awal abad ke-20. Denominasi Pentakosta termasuklah Assemblies of God dan Church of God in Christ.

Analisa Pew Forum mengenai Gerakan Pentakosta
berdasarkan data daripada CSGC (2011)

Analisa data CSGC oleh Pew Forum menganggarkan bahawa kira-kira lapan dalam sepuluh pengikut pentakosta dunia tinggal samada di rantau selatan Sahara Afrika (44%) atau di benua Amerika Utara dan Selatan (37%). Menurut analisa itu, 15% daripada jumlah populasi di selatan Sahara Afrika adalah umat Pentakosta, begitu juga 11% daripada jumlah populasi benua Amerika Utara dan Selatan, Hampir satu per enam daripada umat Pantekosta tinggal di Asia dan Pasifik, begitu pun hanya 1% jumlah populasi rantau itu adalah pengikut Pentakosta. 

B) Gerakan Kristian Karismatik

Umat Kristian Karismatik adalah anggota-anggota denominasi-denominasi bukan Pentakosta - termasuk Katolik, Ortodoks, dan sebilangan denominasi Protestan - yang berpegang kepada sekurang-kurangnya sebilangan kepercayaan pentakosta dan mengamalkan sekurang-kurangnya sebilangan daripada amalan yang berkaitan dengan pentakostalisme, termasuk penyembuhan ilahi, nubuatan dan berbahasa roh. 

Analisa Pew Forum mengenai Gerakan Karismatik
berdasarkan data daripada Center for the Study
of Global Christianity (CSGC) 2011

Gerakan Karismatik, kadangkala dikenali sebagai Pembaharuan Karismatik, bermula di kalangan gereja-gereja tradisi Protestan di Amerika Syarikat pada 1960 dan telah tersebar kepada sebahagian Gereja Katolik Amerika Syarikat pada 1967. Gerakan Karismatik juga diikuti oleh sidang-sidang bebas yang telah membentuk rangkaian persatuan gereja mereka sendiri, yang seperti denominasi. Rangkaian-rangkaian gereja seperti ini, umpamanya Vineyard Christian Fellowship yang berpusat di California, adalah khusus sendiri berbeza dengan denominasi Pentakosta tradisi.

Hampir separuh (49%) daripada semua pengikut Karismatik di dunia tinggal di benua Amerika Utara dan Selatan, satu rantau di mana 16% daripada populasinya adalah Karismatik. Hampir 30% daripada pihak Karismatik tinggal di rantau Asia-Pasifik.

C) Gerakan Kristian Evangelikal

Umat Kristian Evangelikal adalah orang-orang Kristian yang (1) percaya kepada keutamaan pengalaman memeluk Kristian atau "lahir kembali" untuk menerima keselamatan; (2) percaya kepada autoriti Alkitab sebagai wahyu Allah kepada manusia; dan (3) memiliki komitmen tinggi untuk penginjilan atau menyampaikan mesej Kristian. 

Pengikut-pengikut Evangelikal merupakan satu gerakan lintas denominasi; orang-orang Kristian yang berpegang kepada kepercayaan-kepercayaan atau komitmen-komitmen ini boleh ditemui dalam banyak denominasi dan gereja tradisi, seperti Methodist dan Presbyterian; denominasi Pentakosta seperti Assemblies of God; dan denominasi-denominasi yang secara nyata dan tradisi Evangelikal, seperti Evangelical Free Church of America.

Analisa Pew Forum mengenai Gerakan Evangelikal
berdasarkan data daripada Center for the Study
of Global Christianity (CSGC) Disember 2011
di Gordon-Conwell Theological Seminary

Asal usul gerakan Evangelikal modern boleh dikesan ke gerakan Lutheran Pietism di Jerman pada hujung abad ke-17, dan gerakan Methodism di England pada rangka waktu yang hampir sama.

Rantau Afrika selatan Sahara memiliki taburan terbesar umat Evangelical (13% populasi Afrika selatan Sahara adalah Evangelical) dan merupakan jumlah terbesar dalam Evangelikal sedunia (38%). Satu pertiga daripada umat Evangelikal tinggal di Amerika Utara dan Selatan (33%) dan satu perlima tinggal di rantau Asia-Pasifik (21%).

(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel Pew Forum bertajuk, "Christian Movements And Denominations")