Felicia Mikat menunjukkan 3 pingat emas kemenangannya di Paralimpik Asean ke-8 di Singapura |
PELARI PECUT BERUSIA 16 TAHUN
Felicia Mikat memenangi 3 emas dalam perlumbaan 100m, 200m, dan 400m di Paralimpik Ke-8 Asean di Singapura pada Disember 2015 yang lepas. Bagaimanapun pencapaian besar atlet muda ini tidak diketahui ramai orang.
DIA BERUSAHA KUAT UNTUK MENCAPAINYA
Seperti semua atlet, Felicia tahu bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang kuat.
"Saya berterima kasih kepada Tuhan. Saya merasa agak cemas semasa perlumbaan saya (100m T13), tetapi selepas memenanginya, saya menjadi lebih yakin," kata Felicia. "Saya di padang sekolah setiap petang. Saya dan rakan-rakan sepasukan berlumba di atas padang rumput, tetapi ianya mencabar ketika hujan. Jurulatih kami, Tony Sawan benar-benar berdedikasi."
KECEMERLANGAN EMAS FELICIA MIKAT
Kisah Felicia telah mendapat perhatian kami apabila ianya menjadi viral di media sosial baru-baru ini. Walaupun dia mempunyai masalah penglihatan, ianya tidak menjadikan pencapaiannya kurang penting. Sebaliknya Felicia membanggakan Malaysia (terutama dalam Kejohanannya yang pertama!). Tahniah Felicia!
Video: Temuramah Dengan Felicia Mikat & Guru-Gurunya
Video: Temuramah Dengan Felicia Mikat & Guru-Gurunya
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel "Young Felicia Mikat Bagged 3 Golds For Malaysia" yang ditulis oleh Daphne Ng bertarikh 25 Ogos 2016)