Felicia Mikat memenangi emas 100m T13 di Kejohanan Paralimpik Asean 2015 di Singapura |
Anda kemungkinan tidak pernah mendengar mengenainya.
Begitupun pada usia cuma 16 tahun, dia telah mencapai apa yang tidak dapat
dibayangkan oleh ramai orang. Pencapaian yang gemilang gadis yang berasal dari daerah lembah Tambunan di Sabah itu bagaimanapun tidak banyak diberi perhatian.
Hakikatnya apabila kami membuat persiapan menulis
mengenainya, tidak banyak liputan media mengenainya kecuali satu baris berita di
akhbar berbahasa Inggeris utama dalam negara, The Star. Seorang sahabat
keluarganya telah memuatkan keadaan menyedihkan ini di Facebook.
Dia adalah Felicia Binti Mikat, seorang pelari pecut yang
cacat penglihatan, yang telah memenangi tiga pingat Emas (100m T13, 200m T13
dan 400m T13) di Kejohanan Paralimpik Ke-8 Asean di Singapura pada awal Disember 2015.
Menurut Marianne, Felicia yang muda ini mempunyai cita-cita
menjadi guru.
Pada waktu ini dia di tingkatan 3 di sebuah sekolah
berasrama bernama SMK Badin di Tuaran, di Bahagian Pantai Barat, Sabah. Ibu
bapanya yang adalah petani, telah menghantarnya ke sekolah berasrama sejak dia
berusia 7 tahun.
Tidak ada sekolah untuk kanak-kanak dengan keperluan khas di Kampung Kipaku. Oleh kerana sekolahnya jauh dari rumah ibu bapanya
di Kampung Kipaku, Felicia tinggal di asrama sekolah untuk berbulan-bulan
sebelum bertemu lagi dengan ibu bapanya semasa cuti sekolah.
Meskipun mengalami kecacatan penglihatan sejak lahir, Felicia
telah berlatih dari kecil lagi. Saksikanlah dia berlumba di sini:
Felicia telah kembali ke Sabah pada lewat malam pada
1.30 pagi, 11 Disember. Kelihatan di sini Felicia bersama emaknya dan adik
lelakinya yang telah datang untuk menyambutnya di KKIA.
Kemenangannya masih merupakan satu kejutan baginya dan dia tidak
menyangka bahawa dia akan menang. Dia hanya berimpian melakukan yang terbaik
yang dia mampu di Kejohanan Paralimpik Asean itu.
Dia rasa diberkati dan mengucap syukur kepada Tuhan kerana
memberinya kekuatan dan membolehkannya untuk memenangi bukan satu tetapi tiga
Pingat Emas. Dia sangat gembira bahawa
keluarganya sangat berbangga dengannya dan berharap Malaysia juga berbangga
dengannya.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel SAYS bertajuk, “This16-Year-Old Sabahan Brought Glory To Malaysia, But You Probably Didn’t Hear About It” yang ditulis oleh Sadho Ram bertarikh 11 Disember 2015)
-----------------------------
"Saya berterima kasih kepada Tuhan. Saya merasa agak cemas semasa perlumbaan saya (100m T13), tetapi selepas memenanginya, saya menjadi lebih yakin. Saya di padang sekolah setiap petang. Saya dan rakan-rakan sepasukan berlumba di atas padang rumput, tetapi ianya mencabar ketika hujan. Jurulatih kami, Tony Sawan benar-benar berdedikasi." - Felicia Mikat, seperti dilaporkan di laman Marie Claire.