Upacara pembukaan rasmi yang meriah Olimpik Rio pada 5 Ogos 2016 |
Olimpik sudah tiba! Dan walaupun persiapan untuk Kejohanan ini telah dicemari oleh kontroversi, dunia masih mengharap Rio 2016 akan menampilkan detik-detik sukan yang bersejarah. Rekod-rekod akan dicipta; wira-wira yang tidak disangka akan muncul, dan masih tidak ada seorang pun yang betul-betul memahami gusti Greco-Roman.
Rekod baru bilangan 10,500 ahli-ahli sukan bersiap untuk mengambil bahagian dalam 28 jenis sukan, mewakili bilangan menakjubkan 206 negara berbeza termasuk penyertaan kali pertama Sudan Selatan dan Kosovo. Di kalangan mereka adalah ratusan jika bukan ribuan peserta-peserta Kristian yang komited, dan manakala kami tidak fikir bahawa Tuhan akan memihak dalam sukan (kecualilah kamu berdoa sungguh-sungguh kuat), ini bukanlah Christian Today, jika kami tidak menuliskan profail beberapa peserta tersebut. Berikut ialah beberapa nama-nama bintang untuk diperhatikan di Rio 2016 yang sedang berusaha "berlari begitu rupa untuk memperoleh hadiahnya" (2 Kor 9:24)... dan yang juga sedang berusaha mendapatkan pingat Olimpik.
Gabby Douglas (Amerika Syarikat, Gimnastik)
Gabby Douglas, ahli gimnastik dari Amerika Syarikat |
Seorang ahli sukan yang hebat dan seorang Kristian yang benar-benar kuat, dan memberitahu Christian Today bahawa dia "bersyukur kepada Tuhan walaupun bila dia jatuh", Gabby Douglas telah menjadi sensasi kebangsaan di Amerika Syarikat pada Kejohanan lepas apabila dia menjadi ahli gimnastik Amerika berkulit hitam yang pertama untuk memenangi acara keseluruhan wanita. Dia baru berusia 16 tahun ketika penampilannya di London 2012 yang berjaya meraih dua emas, dan kembali untuk menulis kisah awal hidupnya dalam buku: Grace, Gold, Glory: My Leap of Faith. Bukunya menyorot bagaimana dia hampir-hampir meninggalkan sukan gimnastik sebelum mendapat kekuatan dalam imannya pada Tuhan. Kini dia kembali lagi untuk mencuba mencapai kegemilangan lagi, dan dia telah mendapat perangsang daripada pelancaran anak patung Barbienya sendiri...
Asafa Powell (Jamaica, Olahraga)
Asafa Powell, pelari pecut dari Jamaica |
Anak kepada dua pastor dan sekali-sekala menjadi pemimpin penyembahan, pelari pecut itu memberitahu Jamaica Gleaner bahawa dia mendapat inspirasi daripada Alkitab sebelum setiap perlumbaan, dengan menjelaskan, "Saya mempunyai satu ayat yang saya ucapkan setiap kali saya berlumba: "Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan." Dia juga berkata bahawa dia berusaha "menjadikan Kekristianan menarik" untuk mengimbangi pengaruh rakan-rakan pelatih yang tidak memiliki iman yang sama dengannya. "Semua orang mengatakan bahawa Kekristianan membosankan," katanya. "Saya cuba mencerminkan Kekristianan dengan menarik supaya mereka tidak katakan bahawa ianya membosankan."
Leone Nakarawa (Fiji, Ragbi 7 berpasukan)
Leone Nakarawa, pemain ragbi dari Fiji |
Ragbi sudah tidak muncul di Olimpik sejak 1924, tetapi akan muncul lagi di Rio dalam format menarik 7 sepasukan. Pemain bertubuh besar Fiji, Nakarawa yang juga bermain dalam pasukan 15 sepasukan negaranya, adalah di antara orang Kristian paling lantang dalam pasukan yang berdoa dan mempelajari Alkitab bersama-sama sebagai sebahagian daripada latihan dan persiapan mereka. "Kami orang-orang Fiji tidak mempunyai kemudahan saiz besar seperti pasukan-pasukan lain," dia memberitahu Harry Farley dari Christian Today tahun lepas sambil dia bersiap untuk Piala Dunia. "Tetapi kami tahu bahawa kami di sini bukan kerana kekuatan kami tetapi kerana Tuhan, dan ia semuanya adalah rencana Tuhan bahawa kami di sini. Jika pun kami kalah, kami tahu ada sesuatu yang lebih besar."
Allyson Felix (Amerika Syarikat, Olahraga)
Allyson Felix, pelumba lari dari Amerika Syarikat |
Pelumba 400 meter, Felix akan bertanding dalam Kejohanan ketiganya, dan sudah pun memiliki empat pingat emas dalam beberapa jarak berbeza. Anak perempuan seorang pastor, dia mengatakan bahawa kebolehannya untuk berlari adalah satu pemberian daripada Tuhan. "Bagi saya, iman saya adalah sebab saya berlari. Saya tentu sekali rasakan bahawa saya memiliki bakat yang menakjubkan ini dari berkat Tuhan, dan ianya semuanya mengenai menggunakannya dengan sebaik kebolehan saya."
Richard Chambers (Great Britain, Lumba Dayung)
Richard Chambers (dua dari kiri) dalam pasukan lumba dayung Great Britain |
Richard Chambers dari Ireland Utara memenangi perak di London 2012 sebagai sebahagian pasukan lightweight lelaki. tetapi dia ingin mencapai prestasi lebih tinggi di Rio. Dia berkata imannya tidak selalunya memudahkan hidupnya sebagai seorang ahli sukan, tetapi dia tetap komited sepenuhnya kepada imannya: "Saya seorang Kristian dalam pasukan lumba dayung dan saya ingin dikenali seperti itu. Menjadi seorang Kristian dalam pasukan Great Britain akan ada kesukarannya tetapi sungguh bagus sekali untuk mengetahui bahawa Tuhan sentiasa ada untuk mendukung dan menolong saya."
Ashleigh Moolman-Pasio (Afrika Selatan, Lumba Basikal)
Ashleigh Moolman-Pasio, pelumba basikal dari Afrika Selatan |
Moolman-Pasio melalui perjalanan yang lebih sukar ke puncak berbanding kebanyakan orang - dia telah patah tulang selangka tiga kali dalam 12 bulan semasa berlatih untuk London 2012, di mana dia telah mendapat tempat keenam belas dalam perlumbaan di lebuh raya. Pada kali ini dia dijangka akan memberi saingan hebat untuk mendapat pingat, tetapi dia sangat jelas bahawa imannya pada Tuhan melebihi komitmennya kepada sukan yang diceburinya. "Melalui lumba basikal, saya menyedari betapa agungnya Tuhan," dia memberitahu Christian Today pada 2012. "Saya ingin mengagungkan Tuhan ketika semuanya berjalan baik. Sukan sebagai satu kerjaya tidak sering dipandang sebagai satu kebiasaan hidup Kristian, ianya lebih berupa kehidupan yang mementingkan diri. Ianya mencabar saya untuk menunjukkan bahawa kita boleh menjadi seorang ahli sukan yang serius tetapi tidak mementingkan diri dan kebendaan."
Bubba Watson (Amerika Syarikat, Golf)
Bubba Watson, pemain golf dari Amerika Syarikat |
Persaingan untuk golf agak terjejas oleh penarikan diri kerana virus Zika, tetapi seorang pemain ternama yang disahkan akan mengambil bahagian adalah Bubba Watson, seorang Kristian yang komited dan seorang kawan rapat pastor megachurch Judah Smith. Laman web Watson mengandungi satu kesaksian yang panjang lebar, di mana pemain golf itu menceritakan bagaimana persahabatannya dengan Smith berkembang selepas berbalas mesej Twitter di mana Watson memberitahu pastor itu, "Saya akan mengajar kamu golf, dan kamu ajar saya Alkitab."
Christine Ohuruogu (Great Britain, Olahraga)
Christine Ohuruogu, pelumba lari dari Great Britain |
Bintang lumba lari jarak pertengahan itu tidak dijangka mencapai pusingan akhir 400m di London 2012, tetapi akhirnya hanya dikalahkan daripada pingat emas dalam pecahan saat. Dia dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang percaya, dan sebagaimana ramai daripada ahli sukan dalam senarai ini, dia tidak berdoa untuk menang. Dia memberitahu majalah Keep The Faith, "Apabila saya tiba di garis permulaan, saya tidak pernah berdoa untuk menang. Ternyata sekali saya ingin menang, tetapi saya tidak pernah berdoa untuk menang. Saya cuma berdoa, 'Tolong saya lakukan yang terbaik, jangan biarkan saya takut pada orang lain, jangan biarkan saya takut melaksanakan tugas di depan saya. Bantu saya lakukan semuanya dengan betul pada waktunya. Dan jika saya menang, itu hebat. Dan jika saya tidak, ajar saya untuk kalah dengan murah hati.' Meskipun ianya tidak sebegitu lancar, saya masih tetap bersyukur."
Sunette Viljoen (Afrika Selatan, Javelin)
Sunette Viljoen, pelontar lembing dari Afrika Selatan |
Juara Afrika empat kali dan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia, Viljoen setakat ini belum mengecapi kejayaan di Olimpik, tetapi dia berharap itu akan berubah di Rio. Dia menggambarkan iman Kristiannya sebagai "sauh" yang menolongnya untuk memiliki kepuasan samada dia menang atau kalah. Dalam temuramah dengan Passion for Sport. dia menerangkan, "Anda memerlukan satu sauh. Satu tidak tahu bagaimana anda boleh tidak memiliki sauh - agar berdoa untuk ketenangan dan berdoa untuk fokus dan berdoa untuk kekuatan semasa acara-acara besar seperti ini. Dan anda perlu percaya kepada Tuhan dan anda perlu memuji-Nya samada berjalan baik atau tidak."
Francena McCorory (Amerika Syarikat, Olahraga)
Francena McCorory (kanan) pelari 400m dari Amerika Syarikat |
Pakar larian 400m McCorory memenangi emas di England sebagai sebahagian pasukan relay Amerika Syarikat, dan dia berharap untuk mengulangi pencapaian itu di Rio DAN menambah pingat individu untuk kenangannya. Dia memberi kemuliaan kepada Tuhan untuk kebolehannya sebagai seorang pelumba lari - mengatakan, "Dia telah memberkati saya dengan bakat ini, dan saya cuma ingin gunakannya untuk memuliakan-Nya," - dan juga percaya bahawa tanpa pertolongan Tuhan, dia tidak akan dapat bersaing di peringkat yang tertinggi. "Saya tidak dapat keluar ke sini dan berlari di trek seorang diri. Semuanya oleh Dia," dia memberitahu ASSIST News Service.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Heading For Glory? 10 Christian Athletes To Look Out For At The Rio Olympics" yang ditulis oleh Martin Saunders bertarikh 3 Ogos 2016)