Selasa, 13 September 2016

Mukjizat 9/11 - Gereja Kecil Yang Terselamat Dari Kehancuran


Oleh Diana Aydin:

Saya tinggal dan bekerja di pusat bandar Manhattan, oleh itu saya akan berjalan hampir setiap hari di sebelah St. Paul's Chapel yang bersejarah, yang juga dikenali sebagai "The Little Chapel That Stood" (Gereja Kecil Yang Berdiri Terus").

Ianya gereja yang cantik dan satu tarikan utama pelancong. George Washington pernah berdoa di situ. Dan tentu saja, anda mungkin ingat St. Paul dari peranan yang dimainkannya selepas serangan 9/11. Sebagai tempat untuk beristirehat bagi pasukan penyelamat (kesan jejak kasut pasukan bomba dan peralatan mereka masih dapat dilihat di kawasan tempat duduk di gereja itu) dan sebagai mukjizat yang nyata.

Gereja kecil itu hanya terletak sebilangan langkah dari Ground Zero. Namun begitu pada 9/11, ianya telah terselamat tanpa satu calar pun. Tidak ada tingkap yang terpecah. Menara gereja pun terpelihara dari kerosakan. Hanya sepohon pokok ara yang hampir 100 tahun di halaman gereja telah tumbang. Dan ianya akhirnya menjadi penyelamat kepada gereja kecil itu. Menurut Associated Press, pokok itulah yang telah "menghalang sebatang keluli yang besar dari memecahkan gereja berusia 235 tahun itu hingga berkecai. Akar-akarnya tercabut daripada kesan impak itu, pokok itu telah memberikan pengorbanan yang mutlak." 

Ya, ia memang mengkagumkan. Tetapi peliknya, ianya bukan kali pertama gereja kecil itu terselamat. Saya membuat sedikit penyelidikan dan mendapati bahawa ini bukanlah kali pertama St. Paul's Chapel mengalami keajaiban. Daily News melaporkan bahawa gereja kecil itu "berdiri tanpa kerosakan" semasa Kebakaran Besar 1776 - meskipun Trinity Church - yang terletak beberapa baris darinya di Broadway - mengalami kehancuran. 

Saya mendapati ini mengkagumkan dan sukar difahami. Gereja kecil itu adalah lambang pengharapan dan keupayaan bertahan, Tetapi apakah ertinya bahawa gereja kecil ini telah bertahan melalui begitu banyak, biarpun dunia di sekelilingnya telah binasa bukan sekali tetapi dua kali?

Apa pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah.

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Guideposts bertajuk, "9/11 Miracle: The Little Chapel That Survived" yang ditulis oleh Diana Aydin bertarikh 9 September 2015)