Isnin, 19 September 2016

Roma Downey: Kita Akan Lebih Mengenal Yesus Dalam Ben-Hur Terbaru

Roma Downey dan suaminya Mark Burnett, kedua-duanya penerbit Ben-Hur

Roma Downey kembali tampil mempersembahkan filem produksi terbaru garapannya Ben-Hur. Bersama suaminya Mark Burnett, Downey berhasil membuat versi terbaru filem klasik yang pertama kali muncul tahun 1959 itu.

Downey bahkan memberikan sedikit pendedahan tentang perubahan kandungan yang dia sematkan di dalam filem adaptasi dari novel karya Lew Wallace (1880) itu. “Ini adalah filem besar tahun 1959. Dan sudah waktunya memperbaharuinya 55 tahun kemudian. Kami mengulangi dengan konsep yang berubah dari filem aslinya di mana filem ini bukanlah filem tentang balas dendam, tapi tentang pemulihan dan pengampunan, dan masih ada adegan kereta besar dan pertempuran di laut,” terang Downey, seperti disampaikan kepada CNS News.

Dia menambahkan, filem ini akan mengandungi pertemuan Yehuda Ben-Hur dengan Yesus. Detik itu menyiratkan pemahaman tentang memaafkan dan belajar untuk memilih berdamai daripada balas dendam.

“Kita melihat Yesus dalam filem ini. Ini berbeza dengan filem yang dibuat pada tahun 1959 dan kita benar-benar dapat melihat wajahnya (Yesus). Kita berjumpa dengan Dia. Kita melihat Dia terhubung dengan orang-orang. Tetapi kita benar-benar belajar dari Dia, kita belajar tentang Yesus melalui kebaikan hati Yehuda Ben-Hur,” jelasnya.

Dia menjelaskan bahwa pertemuan Ben-hur dengan Yesus mungkin saja telah mengubahkan hidup pemain utama filem ini. Karakter Ben-Hur menggambarkan tentang peribadi Yesus yang sesungguhnya.  

Filem kerjasama peraih Emmy Awards ini pun dianggap akan menampilkan sesuatu yang baru. Seperti diketahui Burnett telah diakui sebagai produser handal dari karya-karya terbaik yang banyak mendapat penghargaan, sebut saja Survivor, The Voice, dan Shark Tank.

Downey berharap filem yang mulai ditayangkan sejak 19 Ogos 2016 ini akan menarik jutaan penonton. Dia juga berharap filem-filem yang berkaitan dengan kekristianan seperti yang telah mereka hasilkan akan meningkatkan peminat filem-filem Kristian. “Ben-Hur saya fikir adalah kesempatan bahkan melebihi dari itu. Saya harap penonton Kristian akan maju dan mendukung. Anda tidak akan sering melihat Yesus tampil di layar besar. Tidak sering pula bagi anda menyaksikan filem yang mengandungi nilai-nilai seperti ini. Ini adalah kesempatan yang mungkin untuk dapat berkongsi cerita dengan ramai teman dan kami berharap hal itu akan terjadi,” kata Downey.

(Dialihbahasakan daripada artikel Jawaban.com bertajuk, "Roma Downey: Kita Akan Mengenal Yesus Lebih Dalam Di Ben-Hur Terbaru" yang ditulis oleh Lori Mora bertarikh 20 Ogos 2016)