Selasa, 13 Disember 2016

Angkasawan John Glenn: "Mustahil Untuk Melihat Ciptaan Dan Tidak Percaya Kepada Tuhan"

 John Glenn, angkasawan Amerika Syarikat yang pertama mengelilingi Bumi di angkasa lepas

John Glenn, angkasawan Amerika yang telah meninggal dunia Khamis lepas pada usia 95 tahun, adalah seorang yang kuat kepercayaannya kepada Tuhan, dan mengatakan bahawa pengembaraannya ke angkasa lepas telah menguatkan imannya. 

Glenn merupakan lelaki pertama Amerika untuk mengelilingi Bumi di angkasa lepas, dan dia telah menjadi angkasawan tertua dunia pada 1998 apabila dia mengambil pengembaraannya yang terakhir ke angkasa lepas pada usia 77 tahun. 


 John Glenn mengelilingi dunia dalam kapal angkasa Friendship 7 pada 1962

"Bagi saya adalah mustahil untuk melihat di luar kepada ciptaan seperti ini dan tidak percaya kepada Tuhan. Ianya cuma menguatkan iman saya." Dia memberitahu kepada para wartawan di satu sidang akhbar pada 1998.  

Glenn seorang Presbyterian yang komited, pernah mengatakan bahawa dia berdoa setiap hari ketika mengelilingi Bumi di angkasa lepas. Sewaktu dia di Kongres Amerika Syarikat, dia telah menghadiri National Presbyterian Church.

John Glenn dalam pakaian tentera
Glenn, yang juga pernah menjadi anggota Marine Amerika Syarikat dan juruterbang pertempuran, telah berkhidmat sebagai senator mewakili Ohio untuk lebih dua dekad. Jenazahnya kini di bangunan Capitol Ohio sebelum berlangsung majlis penghormatan untuk perkhidmatannya dalam tentera dan kerajaan serta juga pengembaraan-pengembaraannya ke angkasa lepas. Jenazahnya akan dikebumikan di Kuburan Kebangsaan Arlington, berdekatan Washington D.C.

Terdapat angkasawan-angkasawan lain, seperti Glenn, yang diperkuatkan iman mereka selepas pengembaraan ke angkasa lepas.

Anak-anak kapal angkasa Apollo 8 telah membaca daripada buku Kejadian dalam penerbangan pertama mengelilingi bulan. Pada pendaratan pertama di bulan, salah satu tindakan pertama Buzz Aldrin adalah untuk mengambil perjamuan kudus. Angkasawan Apollo, Jim Irwin menjadi seorang penginjil sebelum kematiannya pada 1991.

(Dipetik dan diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Times bertajuk, "John Glenn, American Astronaut, On His Trip To Space: "To Look At Creation And Not Believe In God Is Impossible" yang ditulis oleh Jardine Malado bertarikh 12 Disember 2016)