Selasa, 13 Disember 2016

Biskop Bolly Lapok Menerima Penganugerahan Sultan Dengan Berpakaian Keagamaan

Sultan Sharafuddin berbicara dengan Biskop Bolly selepas majlis penganugerahan

KELANG: Menghormati semua agama adalah penting bagi Pemerintah Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mencerminkan ini adalah permintaan Baginda untuk bekas Biskop Besar Gereja Anglikan Asia Tenggara dan Biskop Kuching, Reverend Datuk Bolly Lapok untuk hadir dengan pakaian istiadat keagamaannya di majlis penganugerahan sempena ulangtahun keputeraan Baginda yang ke-71 semalam.

Sultan Sharafuddin telah membuat permintaan itu melalui kawan rapat Baginda, Datuk Richard Curtis yanng kemudiannya menyampaikan pesan itu kepada Rev Bolly, yang menerima penganugerahan Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS), yang datang dengan gelaran Datuk. 

"Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengizinkan saya untuk mengenakan pakaian dan tanda kebesaran biskop, salib, warna ungu dan kolar jubah," kata Rev Bolly yang juga mengenakan kep biskop di kepalanya. 

Rev Bolly berkata dia merasa gembira diberi penghormatan menerima DPMS itu, yang dianggapnya bukan sahaja penghormatan peribadi tetapi juga untuk gereja dan Sarawak. 

Rev Bolly berkata dia sangat berterima kasih kepada Sultan kerana telah campur tangan dalam kontroversi Alkitab 2014, yang telah membuka jalan untuk perkara itu diselesaikan dengan cara yang baik. 

(Diterjemah daripada article The Star bertajuk, "Bishop Receives Title In Religious Regalia" bertarikh 12 Disember 2016)