WhatsApp adalah applikasi mesej utama rakyat Malaysia dapatkan berita, dan Facebook pula adalah media sosial utama negara ini.
MALAYSIA menerajui aspek pencarian, penyebaran dan perbincangan berita menggunakan WhatsApp di dunia, laporan sebuah kajian.
Laporan Berita Digital 2017 dikeluarkan Reuters Institute for the Study of Journalism di Oxford University menunjukkan 51% pengguna berita di negara ini menggunakan aplikasi telefon pintar itu untuk mencari, berkongsi dan membincangkan berita semasa.
Brazil dan Chile berada di tempat kedua dan ketiga dengan 46% responden Brazil dan 39% (Chile) dan negara jiran Singapura berada di tempat keempat dengan 38% dalam aspek tersebut.
Kajian yang dijalankan atas talian antara Januari dan awal Febuari tahun ini melibatkan 70,000 pengguna berita dalam talian di 36 buah negara.
Laporan itu juga mendedahkan 39% pengguna berita di Malaysia kadang kala atau seringkali mengelak membaca berita dan alasan utama yang diberikan semua pengguna di seluruh dunia yang mengelak mengikuti perkembangan semasa adalah kerana sesetengah berita mempunyai kesan buruk ke atas perasaan mereka.
Ia juga mendedahkan hanya 29% pengguna berita Malaysia mempercayai media dan trend ini senada dengan negara lain di seluruh dunia.
Finland mencatat peratusan tertinggi iaitu 62% ketidakpercayaan dan Korea Selatan pula terendah dengan hanya 23% responden negara itu tidak percayakan media.
Menurut laporan itu juga, di Malaysia 67% berita diperolehi dari media sosial, 54% dari telivisyen, 45% media cetak dan 15% berita dari radio.
Manakala alat yang seringkali digunakan untuk mendapatkan berita di negara ini adalah telefon pintar (65%), computer (45%) dan tablet (18%).
Sementara itu, media sosial dan aplikasi mesej utama untuk berita digunakan rakyat Malaysia adalah Facebook (58%), WhatsApp (51%), YouTube (26%), WeChat (13%) dan Instagram (13%).
(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight, "Rakyat Malaysia Paling Ramai Gunakan WhatsApp Dapatkan Berita" bertarikh 11 September 2017)