Jumlah populasi dunia masa kini adalah 7.6 bilion sehingga November 2017 menurut anggaran Bangsa-Bangsa Bersatu yang terbaru yang diperkirakan oleh Worldometers. Istilah "Populasi Dunia" merujuk kepada populasi manusia (jumlah manusia yang hidup pada masa kini) di dunia.
Berikut 10 negara terbesar populasinya di dunia:
Jumlah Populasi Pada 10 Nov 2017 |
Carta berikut menunjukkan bagaimana populasi dunia telah berubah sepanjang sejarah:
Populasi Dunia Dulu, Kini dan Akan Datang
Pada permulaan zaman pertanian, lebih kurang 8000 Sebelum Masihi, populasi dunia kira-kira 5 juta. Dari jangka masa 8000 Sebelum Masihi ke 1 Tahun Masihi, populasi telah bertumbuh ke 200 juta (ada yang menganggarkan 300 juta ataupun 600, menunjukkan betapa tidak tepatnya anggaran pada zaman sejarah awal), dan kadar pertambahan di bawah 0.05% setahun.
Perubahan sangat besar terjadi sempena dengan Revolusi Perusahaan: ianya telah mengambil seluruh sejarah manusia sehingga sekitar 1800 untuk mencapai 1 bilion, bilion yang kedua telah dicapai dalam hanya 130 tahun. (1930), bilion ketiga dalam masa 30 tahun (1960), bilion yang keempat dalam 15 tahun (1974), dan bilion yang kelima dalam masa hanya 13 tahun (1987).
- Semasa abad ke-20 sahaja, populasi dunia telah bertumbuh dari 1.65 bilion ke 6 bilion.
- Pada 1970, terdapat lebih kurang separuh jumlah orang di dunia dengan yang ada sekarang.
- Oleh kerana kejatuhan dalam kadar pertumbuhan, ianya akan mengambil lebih 200 tahun untuk menggandakaan populasi lagi.
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Worldometers bertajuk, "World Population" bertarikh 10 November 2017)