Khamis, 29 Mac 2018

"Dia Telah Membersihkan Kasutku"


Mendiang Dawson Trotman, pengasas The Navigators, sedang melawat Taiwan dalam satu lawatannya ke luar negeri. Semasa lawatannya, dia telah berjalan kaki bersama seorang pastor tempatan Taiwan ke sebuah kampung di kawasan pergunungan untuk bertemu dengan orang-orang Kristian tempatan. Jalan raya dan lorong jalan kaki basah, dan kasut mereka dipalit lumpur. Kemudiannya, ada seorang yang menanya pastor Taiwan itu apakah yang paling diingatinya mengenai Dawson Trotman. Tanpa ragu-ragu, dia menjawab, "Dia telah membersihkan kasutku." 

Bayangkan betapa terkejutnya pastor Taiwan itu ketika bangun tidur untuk menyedari bahawa pemimpin Kristian dari Amerika itu telah terlebih awal bangun daripadanya dan telah membersihkan kasutnya. Sikap pelayan seperti itulah yang telah menjadi ciri Dawson Trotman sepanjang hidup Kristiannya. Dia mati sebagaimana dia hidup, dengan memberikan nyawanya untuk menyelamatkan orang lain dari mati lemas. 

(Diterjemahkan daripada petikan artikel Discipleship Journal edisi May/Jun 1985 bertajuk "Loving By Serving" yang ditulis oleh Jerry Bridges)