Selasa, 26 Jun 2018

Bagaimanakah Pelarian Iraq Yang Buta Ini Dapat Menghafal 87 Bab Alkitab?


Seorang pelarian Iraq yang buta telah menghafal secara mengkagumkan 87 bab Alkitab dengan menggunakan Alkitab audio yang dikuasakan oleh solar (sinaran matahari). 

"Fadhil" - bukan namanya yang sebenar - adalah seorang pelarian di Amman, Jordan.

Gajet MP3 yang dikuasakan solar yang
diedarkan oleh Leading The Way

Dia telah diberikan gajet itu, yang hanya seberat 2.3 aun dan yang lebih kecil daripada iPhone, oleh sebuah pasukan daripada pelayanan penginjilan Leading The Way.

Seorang rakan kerja Leading The Way yang mengunjunginya di rumahnya berkata sangat terharu untuk mendengarkannya. "Ianya menyentuh hati sebab untuk kami, kami menghafal beberapa ayat. Tetapi dia menghafal berbab-bab. Dia merenungkan ayat-ayat Kitab Suci siang dan malam." kata David Bottoms.

Seorang rakan lagi, Ron Hughes menambah: "Fadhil adalah seseorang yang tidak kelihatan menarik menurut pandangan dunia. Tetapi Tuhan tidak memilih menunjukkan Diri-Nya melalui orang-orang yang kuat, berkuasa dan kaya. Dia menunjukkan Diri-Nya melalui orang-orang yang  miskin dan rendah hati."

Mengunjungi rumahnya, katanya, adalah "satu pengalaman yang mengkagumkan."

Leading The Way telah mengedarkan lebih dari 116,000 gajet Navigators dalam 25 bahasa yang berbeza, setiap satunya dengan Firman dan mesej daripada pengasasnya, Dr. Michael Youssef.

Pelayanan itu menganggarkan bahawa untuk setiap gajet itu, lebih kurang 10 orang berkesempatan mendengarkan injil.

Youssef berkata, "Tuhan sedang menggunakan misionari kecil bersaiz poket yang hebat ini. Saya sungguh teruja atas apa yang Tuhan lakukan."

Anda boleh menonton video Fadhil bercakap di sini.

(Diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk, "How Could This Blind Iraqi Refugee Memorise 87 Chapters Of The Bible?" bertarikh 25 Jun 2018)