Rabu, 20 Jun 2018

Chris Pratt Berkata Mengenai Tuhan Dalam Ucapan Menerima Anugerah MTV: "Tuhan Wujud Dan Mengasihimu"


Pelakon "Jurassic World" Chris Pratt menerima Anugerah Generasi di majlis Anugerah Filem & Televisyen MTV yang telah disiarkan pada malam Isnin dan menggunakan pentas itu untuk berkongsi sembilan butir nasihat yang lucu dan yang menawarkan panduan Kristian yang kuat.

Pratt, 38 telah diperkenalkan ke pentas oleh dua pelakon yang membintangi filem dan televisyen bersamanya, Bryce Dallas Howard ("Jurassic World: Fallen Kingdom") dan Aubrey Plaza ("Parks and Recreation"). Pratt mengucapkan terima kasih kepada keluarganya dan berkata walaupun mereka tidak memiliki banyak semasa mereka membesar, tapi mereka selalu menikmati masa mereka bersama.  


"Oleh kerana ini adalah Anugerah Generasi, saya akan singkatkan cerita dan berkata terus kepada kamu, generasi yang seterusnya. Saya terima tanggungjawab sebagai orang yang lebih tua. Jadi dengarlah," Pratt katakan sebelum menyenaraikan "sembilan peraturan daripada Chris Pratt, pemenang Anugerah Generasi."

Berikut adalah enam butir nasihat yang diberikan oleh Pratt dari senarai sembilannya:

1. Kamu mempunyai jiwa. Berhati-hati dengannya. 

2. Jika kamu kuat, jadilah seorang pelindung. Jika kamu pintar, jadilah seorang yang berpengaruh dengan rendah hati. Kekuatan dan kepintaran boleh menjadi senjata, jadi jangan gunakannya terhadap mereka yang lemah. Itu menjadikan kamu seorang pembuli. Jadilah lebih baik daripada itu. 

3. Apapun perkara yang kamu lakukan. Lakukan dengan baik. Lakukan kebaikan kepada orang lain. Cuba bantu orang yang terluka. Rela hulurkan pertolongan. Rasanya bagus dan ianya baik untuk jiwamu. 

4. Tuhan wujud. Tuhan mengasihimu. Tuhan mahu yang terbaik untukmu. Percayalah itu, itulah yang saya percayai. 

5. Belajarlah berdoa. Ianya mudah, dan ianya sungguh baik untuk jiwamu.

6. Tiada orang yang sempurna. Orang akan beritahu kamu bahawa kamu sempurna seperti seadanya: tetapi kamu tidak! Kamu tidak sempurna. Kamu selalu pun tidak sempurna. Tetapi ada satu kuasa besar yang telah mencipta kamu seperti itu, dan jika kamu menerima itu, kamu akan mendapat kasih karunia. Dan kasih karunia itu adalah  satu pemberian. Seperti kebebasan yang kita nikmati di negara ini, kasih karunia itu telah dibayar dengan darah orang yang lain. Jangan lupakan itu. Jangan memandang rendah itu. 



Dia mengakhiri ucapannya dengan kata-kata "Tuhan memberkati kamu" kepada semua orang sambil para hadirin memberi sorakan. 

Sepanjang kariernya, bintang "Avengers: The Infinity War" itu telah berterus terang mengenai iman Kristiannya. Dia telah menjadi terkenal pada 2014 dengan peranan-peranan utama dalam "Guardians of the Galaxy," "Jurassic Park" dan "The Lego Movie."

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel The Chritian Post bertajuk, "Chris Pratt Talks God In MTV Awards Speech ': 'God Is Real And Loves You; Grace Was Paid For'" yang ditulis oleh Jeannie Law bertarikh 19 Jun 2018)