Selasa, 3 Julai 2018

Berdoalah Untuk Pemimpin Negara


Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir telah melantik menteri-menteri Kabinetnya. Marilah kita berdoa untuk para pemimpin negara yang telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara. 

Pertama-tama aku menasihatkan: Naikkanlah permohonan, doa syafaat dan ucapan syukur untuk semua orang, untuk raja-raja dan untuk semua pembesar, agar kita dapat hidup tenang dan tenteram dalam segala kesalehan dan kehormatan. (1 Tim 2:1-2)

Apakah yang kita harus doakan untuk Negara?

1. Untuk pentadbiran negara yang baik.

"untuk raja-raja dan untuk semua pembesar..." (ayat 2)

2. Untuk kehidupan yang tenang dan tenteram.

"agar kita dapat hidup tenang dan tenteram..." (ayat 2)

3. Untuk kehidupan yang saleh dan penuh kehormatan.

"dalam segala kesalehan dan kehormatan..." (ayat 2)

4. Untuk melaksanakan kehendak Allah.

"Itulah yang baik dan yang berkenan kepada Allah, Juruselamat kita..." (ayat 3)

5. Untuk keselamatan semua orang. 

"yang menghendaki supaya semua orang diselamatkan..." (ayat 4)