Isnin, 2 Julai 2018

Darell Leiking Memakai Siga Tradisi Kadazan Ketika Mengangkat Sumpah Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri

Darell Leiking memakai siga tradisional Kadazan semasa upacara mengangkat sumpah

KOTA KINABALU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking yang baru mengangkat sumpah jawatan, telah menarik perhatian apabila dia memakai siga tradisional Kadazan di upacara mengangkat sumpah untuk Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri. 

Bagaimanapun, dia berkata bahawa siga itu bukan simbol keagamaan dan dia hanya ingin menunjukkan rakyat Malaysia bahawa dia berasal dari Sabah. 

"Saya memakai siga itu untuk menunjukkan kami berasal dari Sabah dan ianya tidak ada kaitan dengan agama atau apa-apa. Ianya juga mewakili bangsa saya," dia memberitahu FMT dalam satu temubual menerusi telefon selepas upacara mengangkat sumpah itu. 

"Siga itu ada kaitan dengan ramai orang Sabah dan ianya juga adalah salah satu daripada banyak perhiasan tradisi kepala di Persekutuan Malaysia."

Ahli Parlimen itu berkata dia berterima kasih kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana memberikannya satu portfolio yang penting, dan menambah bahawa dia tidak sabar lagi memulakan tugas. 

"Saya akan melaporkan diri untuk tugas esok dan saya telah pun berhubung sebelum ini dengan kementrian ini. Saya mungkin akan berikan butir-butir lanjut selepas saya mendapat taklimat penuh," kata Leiking. 

"Saya rasa bagus bahawa kami ada peranan besar dalam kementrian ini. Saya akan mewakili Warisan dalam Kabinet Persekutuan dan kami akan berusaha melakukan yang terbaik untuk Persekutuan Malaysia."

Rakyat Sabah melafazkan kegembiraan mereka di media sosial selepas melihat Leiking memakai siga tradisional itu, satu budaya yang dibanggakan oleh masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), ketika upacara mengangkat sumpah disiarkan secara langsung di televisyen hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasimbang adalah di antara yang telah mengucapkan tahniah kepada Leiking dalam bahasa ibunda Kadazannya.

"Kounsikaan doid diau (tahniah) YB Darell Leiking atas perlantikan anda sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Noikot Vinasi (all the best)," kata Lasimbang, yang juga adalah ahli dewan undangan Moyog.  

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Kadazan Headgear Nothing To Do With Religion, Says Leiking" yang ditulis oleh Durie Rainer Fong bertarikh 2 Julai 2018)