Isnin, 2 Julai 2018

Detik Mengharukan Kekalahan Brazil Pada Piala Dunia 2014


Siapa masih ingat foto ini? Foto yang merakamkan detik paling mengharukan selepas kekalahan Brazil kepada Jerman, 7-1 dalam separuh akhir Piala Dunia 2014. Kekalahan besar yang mengejutkan. Pemain-pemain Brazil, David Luiz dan Luiz Gustavo berlutut di akhir perlawanan. Mereka berdoa. 

Kita pernah melihat pemain Brazil berlutut dan mengucap syukur selepas memenangi sesuatu perlawanan. Tetapi kali ini berbeza. Brazil tidak menang, malah kalah teruk. Kekalahan terbesar separuh akhir dalam sejarah Piala Dunia. 

Foto itu mengingatkan saya ayat dari Alkitab, "Bersyukurlah dalam segala keadaan kerana inilah yang dikehendaki Allah daripadamu dalam Kristus Yesus" (1 Tes 5:18, AVB).

David Luiz berlutut dan berdoa selepas kekalahan Brazil 7-1 kepada Jerman
pada separuh akhir Piala Dunia 2014

David Luiz yang telah mengucap syukur sewaktu menang perlawanan sebelumnya kini berlutut lagi. Mengucap syukur biarpun dalam kekalahan. Bagi saya itu adalah antara foto paling mengharukan pada Piala Dunia 2014 di Brazil. 

Kita bersyukur ketika kita menang. Kita juga bersyukur ketika kita kalah. Kita tidak lupa bersyukur dalam apa keadaan pun - kerana kasih Allah dalam kehidupan kita.  

Kini Brazil kembali beraksi di Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Apakah kesudahan ceritanya kali ini? Sama-sama kita saksikan....