Khamis, 28 Jun 2018

Dapatkah Sukan Dan Iman Dipisahkan?


Lionel Messi telah menjaringkan gol pertama yang penting untuk Argentina menentang Nigeria dalam perlawanan terakhir kumpulan D di Piala Dunia 2018. Dia terus berlari untuk merayakannya, lalu berlutut dan mengangkat kedua-dua tangan dan pandangannya ke langit sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan.  Ada orang yang mengatakan bahawa bola sepak tidak harus dikaitkan dengan iman. Tetapi secara realiti dapatkah bola sepak dipisahkan dari iman pemain-pemainnya? Bacalah petikan daripada sebuah artikel The Economist yang membahaskan perkara ini:

Pada 2009, pihak berkuasa bola sepak Brazil mendapat teguran daripada FIFA, badan yang mentadbir bola sepak di sekeliling dunia, kerana pemain-pemain Brazil mempunyai kebiasaan mengisytiharkan iman keagamaan mereka dengan cara-cara yang menarik perhatian. 

Pemain Brazil, David Luiz berdoa di padang selepas perlawanan dengan Uruguay
di separuh akhir Piala Konfederasi 2013

Samada berjuang untuk pasukan negara mereka atau untuk pasukan-pasukan asing, pemain-pemain Brazil dari fahaman Pentakostal dan evangelikal suka untuk menyatakan iman mereka dengan menunjuk ke langit selepas menjaringkan gol, berlutut untuk bersyukur selepas memenangi perlawanan, atau seperti yang telah dilakukan secara terkenal oleh Kaka pada 2002 dan seringkali selepas itu dengan membuka baju dan menunjukkan baju dalaman yang  mengisytiharkan "I Belong to Jesus" (lihat foto).

Kaka, pemain handalan Brazil mengucap syukur di atas padang

FIFA mengingatkan Brazil mengenai satu peraturan yang menyatakan bahawa ".... peralatan asas yang diwajibkan mesti tidak ada apa-apa kenyataan politik, keagamaan atau peribadi." FIFA kemudian menjelaskan bahawa mereka bukan mengharamkan agama sama sekali; berlutut untuk berdoa masih dibenarkan.



Apa pun jua, jika badan yang berkuasa itu berharap untuk mengasingkan sepenuhnya naluri sejagat kemanusiaan yang terkuat, agama, daripada salah satu aktiviti bersama yang paling digemari, bola sepak, maka mereka sedang membuang masa mereka.

Itu kelihatannya kesimpulan seorang penulis sukan Perancis, Nicholas Vilas, yang baru sahaja menerbitkan (dalam bahasa Perancis) keputusan daripada penyiasatan tiga tahun mengenai kaitan di antara iman dan bola sepak, di Perancis dan negara-negara lain di Eropah. Kaitan-kaitan itu adalah penting secara sejarah, memandangkan kumpulan-kumpulan agama telah bantu mengasaskan banyak daripada pasukan-pasukan bola sepak terhebat Eropah, begitu didapati oleh penulis itu.

(Artikel itu juga seterusnnya menjelaskan bahawa pemain-pemain agama lain seperti Islam juga sering menampilkan iman mereka dengan cara mereka sendiri di padang).

Apakah pandangan anda mengenai rencana pendek ini?

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel The Economist yang bertajuk, "Shooting For Heaven" yang ditulis oleh Erasmus bertarikh 9 Disember 2014)