Sabtu, 4 Ogos 2018

KJ Kritik Retorik Umno Mengenai 'DAP Kristian'


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin telah mengkritik penggunaan retorik perkauman dan keagamaan oleh Umno, mengenai ancaman 'DAP Kristian'.

"Ini merupakan existential dilemma (dilema kewujudan) UMNO sekarang. Ada yang terus guna retorik DAP Kristian etc. Tapi ada juga yang masih waras," kata Khairy di Twitter.

Dia sedang menjawab seorang pengguna media sosial yang menggesanya untuk menegur tokoh-tokoh kempen Umno yang menggunakan retorik perkauman dan keagamaan.

Pada malam tadi, pada penghujung kempen untuk pilihan raya kecil Sungai Kandis, Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman menggesa para pengundi untuk tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan 'yang dipimpin oleh DAP.'

Tajuddin seterusnya mendakwa ahli-ahli politik DAP Kristian sedang menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk menginjil.

Antara mereka yang dinamakannya adalah pemimpin-pemimpin DAP, Lim Guan Eng, Anthony Loke, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Hannah Yeoh, dan Tony Pua.

Ditanya bagaimana dia akan mengatasi dilema kewujudan Umno, Khairy berkata dalam tweet susulan bahawa dia akan membawa satu kumpulan baru ahli-ahli politik dengan sudut pandang dunia yang progresif dan menganjurkan pendidikan semula politik yang menyeluruh di kalangan ahli-ahli sedia ada.

"Tetapi yang paling penting adalah kepimpinan. Itulah sebabnya saya bertanding untuk presiden," tambahnya.

Khairy telah kalah dalam usahanya menjadi presiden Umno pada penghujung Jun kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.


(Diterjemah daripada artikel, "KJ Criticises Umno's 'Christian DAP' Rhetoric'" bertarikh 4 Ogos 2018)