Rabu, 14 November 2018

"Itu Mukjizat Dan Itulah Cara Tuhan Merancangkannya": Doktor-Doktor Tergamam Apabila Ketumbuhan Otak Lenyap


Seorang lelaki di Lodi, yang telah dikesan oleh doktor mengalami ketumbuhan kanser berbahaya, berkata bahawa ketumbuhan itu telah lenyap tanpa rawatan perubatan. Apa yang dia lakukan hanyalah meminta orang-orang seiman berdoa untuknya. 

Paul Wood berkata dia menyedari beberapa bulan yang lalu bahawa ada sesuatu yang tidak betul dengan dirinya. 

"Saya mengalami sakit kepala yang teruk, saya tidak dapat berjalan di ruang rumah tanpa berpegang pada dinding," dia memberitahu stesen televisyen KOVR.


Doktor yang merawat Wood mengesyorkan agar dia bertemu dengan pakar bedah otak di UC San Francisco. Pakar itu pada mulanya mendiagnosis pendarahan di otak, tetapi seorang pakar rdiologi juga telah melihat tanda-tanda pendarahan. 

Wood melakukan apa yang akan dilakukan oleh seorang Kristian yang setia. Dia datang menghadap Tuhan dan juga meminta saudara-saudara dalam Kristus untuk bantuan doa dan sokongan. 

"Telefon saya terus dilanda mesej, Facebook saya adalah doa lepas doa, di seluruh California," dia memberitahu stesen televisyen itu.

Kemudian terjadilah apa yang tidak dapat dijelaskan. Hari sebelum dia dijadualkan menjalani pembedahan, doktor-doktornya membatalkan pembedahan itu. Ketumbuhan itu sudah lenyap. Tiada lagi kesannya. Ianya telah lenyap.

Gambar X-ray (kanan) menunjukkan ketumbuhan kanser dan
gambar X-ray (kiri) menunjukkan tiada kesan ketumbuhan

"Itu mukjizat dan itulah cara Tuhan merancangkannya," kata Wood.

Pakar bedah otak itu tidak dapat menjelaskan kenapa ketumbuhan itu telah lenyap sepenuhnya. Doktor itu mengatakan bahawa ada perkara yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan.

"Kami menjalankan ujian dan kami ada teknologi perubatan dan kami cuba membuat suatu kesimpulan... tetapi kadang-kadang sesuatu berlaku yang tidak dapat dijelaskan secara perubatan," kata Dr. Richard Yee. 


Jason McEachron, pastor di Gereja Gravity, di mana Wood menjadi anggota, percaya ada kuasa yang lebih tinggi sedang bekerja, terutamanya bila ianya melibatkan banyak doa. 

"Dia terus mengatakan, 'tidak kira apa terjadi pada saya, saya akan ok. Saya percaya Tuhan," McEachron memberitahu stesen itu. "Dan itu adalah inspirasi bagi ramai orang di sekelilingnya."


Wood berkata dia gembira untuk peluang kedua untuk hidup dan percaya ianya adalah kesempatan untuk mengajar orang-orang lain mengenai pengharapan.

Doktor-doktornya begitu takjub dengan kesembuhannya, mereka telah meminta Wood untuk mengambil bahagian dalam satu kajian penyelidikan. 

(Diterjemahkan daripada artikel CBN yang bertajuk, "'It's a Miracle and That is the Way God Planned It': Doctors Baffled After Man's Brain Tumor Disappears" yang ditulis oleh Steve Warren bertarikh 10 November 2018)