Rabu, 14 November 2018

Kumpulan & Sekolah Bukan Islam Dapat Peruntukan Lebih Besar


Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri pada hari Selasa telah memberikan RM34.64 juta dalam peruntukan kepada 554 pertubuhan dan sekolah bukan Islam di Negeri itu untuk pembangunan dan penambah baikan.

Jumlahnya adalah RM3.2 juta lebih banyak daripada yang telah diberikan oleh kerajaan sebelumnya kepada institusi-institusi ini pada 2017 dengan jumlah RM31.4 juta.

Daripada jumlah itu, RM15 juta telah diberikan kepada sekolah-sekolah bukan Islam manakala RM19 juta kepada badan-badan bukan Islam. 

Kumpulan-kumpulan dan sekolah-sekolah yang telah menerima peruntukan itu terdiri daripada mereka di kawasan pantai barat daya dan kawasan pedalaman dengan jumlah 279 badan bukan Islam dan 275 sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah misi, sekolah persendirian dan tadika.

Ketua Menteri, Datu Seri Shafie Apdal, yang telah menyampaikan peruntukan itu kepada wakil-wakil sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan, memberi jaminan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya akan menunaikan ikrarnya untuk membantu masyarakat bukan Islam, termasuk membangunkan lebih banyak tempat ibadah.

Baki peruntukan kepada pertubuhan dan sekolah bukan Muslim di kawasan Tawau dan Sandakan akan dilakukan selepas ini pada bulan ini.

Hadir bersama dalam acara itu adalah Pengerusi Kian Kok Management Board Datuk Clement Yeh, Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua, Timbalan Ketua Menteri Datuk Wilfred Madius Tangau, Menteri Pendidikan dan Inovasi Negeri Datuk Dr Yusof Yacob, Presiden Sabah Council of Churches (SCC) Bishop Datuk Melter Jiki Tais, Jawatankuasa Pengurusan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Negeri (Sabah Dong Lian) Ben Lim Kiat Kong, dan Datuk Bandar, Datuk Yeo Boon Hai.

(Diterjemahkan daripada artikel Daily Express bertajuk, "Non Muslim Schools, Groups Get More" yang ditulis oleh Locksley Ng bertarikh 14 November 2018)