Lebih ramai rakyat Sweden mula melalui proses mengimplan
mikrocip ke dalam tubuh sejak kerajaan memperkenalkan teknologi ini pada tahun
2015. Secara rasmi sejak bulan Mei 2018, warga Sweden semakin aktif menjalani
prosedur mengimplan mikrocip bagi menggantikan segala akses dan identifikasi
melalui kad dan kunci elektronik dalam urusan harian.
Sebelum ini hanya 100 orang yang menggunakan teknologi
implan mikrocip yang terletak di pertengahan tangan antara ibu jari dan jari
telunjuk. Kini jumlah warga Sweden dengan implan mikrocip sudah mencecah 4,000
orang dan semakin meningkat.
1. Menggantikan dompet elektronik, kad bank dan pelbagai kad
kunci elektronik. Dengan mikrocip ini, anda hanya perlu menyentuh tangan pada
terminal sesentuh dalam segala urusan akses dan identifikasi.
2. Cip ini sangat kecil sebesar sebiji beras.
3. Kos cip dan prosedur implan adalah kira-kira RM753.00.
Kini terdapat syarikat di Sweden yang menawarkan servis ini untuk para pekerja.
Kredit : Daily Mail |
4. Cip ini tidak mempunyai pengesan GPS, jadi seseorang itu
tidak perlu bimbang akan diekori dan diperhatikan.
5. Cip ini akan berfungsi dan boleh membaca data dalam
lingkungan beberapa sentimeter sahaja. Jadi segala informasi dan data pemilik
adalah selamat dan amat sukar untuk dicuri oleh golongan tidak
bertanggungjawab.
6. Cip ini bersifat pasif dengan hanya menyimpan informasi
pemilik. Ia tidak boleh mengakses informasi pemilik lain atau mana-mana peranti
yang tiada kaitan.
Kredit : datmimeguy / Instagram |
Saintis berkata peranti mikrocip ini membuka era baru dunia digital kepada pengguna khususnya bagi rakyat Sweden. Ia lebih memudahkan cara dan kehidupan seharian manusia.
Ciptaan terbaru ini sememangnya memudahkan kehidupan
seseorang tetapi mendapat kritikan orang ramai kerana tiada jaminan data
peribadi pemilik yang terkandung di dalam mikrocip adalah rahsia dan
terpelihara.
Tiada jaminan, sekiranya mikrocip ini mempunyai fungsi
tersembunyi yang boleh diubah suai menjadi penjejak GPS. Tidak mustahil
sekiranya sebuah syarikat yang mengkehendaki para pekerjanya mengimplan
mikrocip ini, dan mereka boleh mengaktifkan fungsi GPS untuk mengawal para
pekerja.
(Diambil daripada artikel Era Baru bertajuk, "Jumlah Warga Sweden Mengimplan Mikrocip Ke Dalam Tubuh Semakin Meningkat" yang ditulis oleh Azlan bertarikh 13 November 2018)