Isnin, 14 Januari 2019

Cahaya Pangsapuri Bukan Lambang Salib Tapi Tulisan Cina Bermakna Tuah


KUALA LUMPUR, 14 Jan — Susunan cahaya lampu di sebuah pangsapuri baru di George Town yang didakwa menyerupai “salib” bermaksud untuk menunjukkan tulisan Cina yang bermaksud “diraja”.

Jurucakap pemajunya Nova Mulia Development Sdn Bhd menjelaskan kepada portal The Malaysian Insight bangunan Grace Residence di Jelutong ini baru 90 peratus siap.

Tulisan Cina “wang” () yang bermaksud “raja” atau “diraja” akan kelihatan penuh jika semua lampu di tingkat atas dan tempat letak kereta di bawah dihidupkan.

Namun foto-foto yang tersebar di media sosial minggu lalu menunjukkan cahaya berbentuk salib gergasi sehingga menjadi pertikaian sebahagian umat Islam di Pulau Pinang.

Lampu di bahagian atas atau bawah seperti bentuk () tidak dinyalakan. 

“Mungkin ketika foto itu dirakam, cahaya itu bentuk [lambang] salib, tetapi cahayanya [yang dirancang] tidak bermaksud untuk menunjukkan salib,” kata sumber itu.

Simbol itu juga, dalam dialek Hokkien yang banyak dituturkan di negeri itu, ia juga membawa maksud “ong” atau tuah.

Sabtu lalu, mufti negeri Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pihak berkuasa tempatan mengarahkan pemaju agar mengubah kedudukan lampu suoaya tidak kelihatan seperti salib.

(Diambil daripada artikel Projek MM bertajuk, "Cahaya Pangsapuri Bukan Lambang Salib Tapi Tulisan Cina Bermakna Tuah" yang ditulis oleh Jamny Rosli bertarikh 14 Januari 2018)