Khamis, 31 Januari 2019

Sultan Abdullah, Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
 dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah


SULTAN Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di Kuala Lumpur.

Baginda menggantikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 6 Januari.

Sultan Abdullah dipilih sebagai Agong bagi tempoh lima tahun mulai hari ini pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lepas.

Malaysia merupakan salah satu daripada 43 negara yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan. Sistem penggiliran antara sembilan raja Melayu adalah yang unik di dunia

(Diambil daripada artikel The Malaysian Insight bertajuk, "Sultan Abdullah, Yang Di-Pertuan Agong Ke-16" yang ditulis oleh Mamal Ariffin dan Hasnoor Hussain bertarikh 31 Januari 2019)