Jumaat, 18 Oktober 2019

Maszlee: Tiada Tindakan Lanjut Ke Atas Sekolah Rendah Perempuan Methodist


PETALING JAYA: Tiada tindakan lanjut akan diambil ke atas Sekolah Rendah Pemepuan Methodist (MGS) berkenaan insiden baru-baru ini di mana ianya telah didakwa bahawa sekolah itu telah menghalang doa Muslim dalam satu majlis dan sebaliknya membaca doa Kristian.

Meredakan kekhuatiran dan kebimbangan yang telah timbul di kalangan sekolah-sekolah misi, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata tiada tindakan lanjut akan diambil dan status quo amalan-amalan sekolah-sekolah misi akan dihormati, menurut satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Persekutuan Sekolah-Sekolah Misi Kristian Malaysia (FCMSM). 

Maszlee telah memberi jaminan kepada persekutuan itu bahawa nilai-nilai, ciri-ciri dan tradisi sekolah-sekolah misi akan dikekalkan dan dihormati.

Kementrian, katanya, menghargai sumbangan besar sekolah-sekolah misi kepada pendidikan di negara ini, dan memperakui peranan asas yang dimainkan oleh pihak lembaga dalam pembangunan dan kemajuan sekolah-sekolah. 

Dia bersetuju bahawa pihak lembaga adalah entiti yang sah di sekolah-sekolah misi menurut Akta Pendidikan 1961, dan mengalu-alukan perkhidmatan yang diberikan oleh ahli-ahli lembaga dalam membantu membaik pulih sekolah-sekolah itu. 

Ini, katanya, harus diteruskan.

Siaran akhbar itu telah dikeluarkan selepas Maszlee bertemu dengan FCMSM, yang mewakili 25 pihak berkuasa misi yang memiliki 429 sekolah-sekolah misi di seluruh negara pada 10 Oktober. Pertemuan itu telah diadakan untuk menjelaskan dan meredakan kontroversi yang timbul dari Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sekolah Rendah Perempuan Methodist pada 27 September.

Satu laporan lengkap telah diserahkan kepada Maszlee oleh pengerusi Lembaga Pentadbir dan Pengurus, Datuk Kee Phaik Cheen.

Semasa pertemuan itu, pengerusi FCMSM telah menyuarakan kebimbangan atas cara lembaga sekolah telah dilayani. 

"Teguran ketua pengarah kepada pengetua MGS serta mesej WhatsApp dan surat pekeliling yang telah dihantar oleh timbalan pengarah pendidikan negeri telah dilakukan tanpa siasatan yang teliti terlebih dahulu," katanya.

Dia meminta agar dokumen-dokumen itu ditarik kembali dan usaha-usaha memulihkan semula hubungan dijalankan. 

Maszlee memberitahu persekutuan itu bahawa dia dan juga ketua pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin tidak mengetahui mengenai mesej WhatsApp yang telah dihantat kepada pengetua-pengetua sekolah-sekolah misi Methodist dan Katolik. 

Dia berkata mesej-mesej WhatsApp tidak harus digunakan untuk menyampaikan arahan rasmi daripada kementrian. 

FCMSM memberi jaminan kepadanya bahawa sekolah-sekolah misi mempunyai nilai-nilai yang sama dengan kementrian dan hanya menginginkan sekolah-sekolah sebagai tempat yang gembira, penuh dengan kasih sayang, dan menunjukkan saling hormat-menghormati dalam masyarakat. 

Maszlee, kata FCMSM, telah bersetuju untuk lebih banyak pertemuan untuk menangani isu-isu masa depan. 

Penaung FCMSM, Tan Sri Bernard Dompok juga hadir dalam pertemuan itu.

(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Maszlee: No Further Action Will Be Taken Against MGS Primary" bertarikh 18 Oktober 2019)