Isnin, 25 November 2019

Pusat Komuniti dan Rumah Ibadah BEM Dijangka Siap Dibina Pada 2022


Semalam Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg telah melancarkan Projek Pusat Komuniti dan Rumah Ibadah BEM yang akan dibina di Kuching.

Semasa pelancaran itu, Presiden BEM Sarawak, Rev Dr Justin Wan juga berucap dan mengatakan ada keperluan untuk sebuah pusat ibadah dan komuniti yang terletak di Kuching kerana terdapat 110 gereja BEM dan lebih kurang 11,000 anggota di daerah Kuching sahaja.

Dia berkata BEM Sarawak telah berkembang sejak ditubuhkan oleh sekumpulan misionari Australia pada 1920an.

Dia berkata terdapat lebih daripada 700 gereja tempatan dengan lebih kurang 100,000 anggota yang berdaftar dan 100,000 lagi anggota tidak berdaftar dan 500 orang pastor di seluruh negeri.

Kerja-kerja pembinaan untuk pusat itu dijangka siap pada 2022.


Rev Dr Justin mengumumkan kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan di bawah projek itu yang akan dibina di tapak seluas 2.8 ekar di Lot 6591, Taman Desa Wira, Kuching:

  • dewan ibadah yang memuatkan 1,000 tempat duduk.
  • sebuah kantin dan bilik-bilik untuk anak-anak Sekolah Minggu
  • sebuah taska dan tadika yang boleh menampung 120 kanak-kanak
  • dewan untuk permainan dan acara-acara lain dengan 400 tempat duduk
  • pusat jagaan warga tua
  • enam bilik darjah untuk bimbingan kerja rumah dan kelas tiusyen
  • ruang pejabat untuk BEM daerah Kuching dan BEM Grace
  • chapel serbaguna untuk kebaktian penghiburan dan pengkebumian
  • asrama-asrama lelaki dan perempuan untuk acara kem dan untuk ahli-ahli dari luar bandar
  • 193 tempat letak kereta dan 47 tempat letak motorsikal

  • (Sumber: artikel Dayak Daily bertarikh 25 November 2019, dan artikel Malay Mail bertarikh 25 Oktober 2019)