Selasa, 5 November 2019

Terbangun Awal Untuk Menulis


Aku terbangun awal pagi tadi. Sejam lebih awal dari biasa. 

Aku menggosok mata, dan duduk sebentar di sofa.

Sambil membelek handphone, aku tergerak mencari berita di laman web.  

Terlihat aku artikel menarik Malaysiakini berjudul, "'Bible Sessions' To Dispel Fear of Muslims Under Siege, Says Penanti's Norlela." Rupa-rupanya artikel yang baru dimuatkan di laman itu, tepat 12 tengah malam tadi, ketika aku bersiap untuk tidur. 

Aku bingkas bangkit dan mula menaip di laptop, menterjemahkan artikel oleh Susan Loone itu. Dalam masa lebih sejam aku pun siap menterjemahkannya.

Sempat lagi aku menghantar anak buahku ke sekolah pagi seperti biasa. Setelah singgah di sekolah dan kedai makan, aku pun memandu kembali ke rumah. Di hatiku penuh kesyukuran.

Sudah lebih seminggu aku tidak menulis apa-apa di blog. Maklumlah sibuk kerana pelbagai tugasan. Pagi ini aku terbangun awal pula, dan sempat juga siapkan artikel itu sebelum ke sekolah. 

Begitu ajaibnya cara-cara Tuhan. Dalam kesibukanku, Dia menyediakan jalan yang tidak disangka...

"O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya!" (Roma 11:33)

- Si Domba Putih