PETALING JAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri
Yaakob mengumumkan pasangan bukan Islam boleh mengadakan upacara perkahwinan di
rumah ibadat masing-masing, tetapi majlis resepsi masih tidak dibenarkan.
Katanya, upacara perkahwinan itu hanya boleh dihadiri 20
tetamu, termasuk penolong pendaftar perkahwinan.
“Ia tertakluk kepada kapasiti rumah ibadat atau persatuan
agama bukan Islam dan penjarakan sosial.
“Upacara perkahwinan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan
Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan
hari ini.
Pada 15 Jun lalu, kerajaan melonggarkan sekatan
untuk rumah ibadat bukan Islam dibuka semula, tetapi jumlah penganut terhad
kepada 1/3 kapasiti biasa.
(Diambil daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Perkahwinan Bukan Islam Dibenarkan Dengan 20 Tetamu" bertarikh 21 Jun 2020)