Khamis, 31 Mac 2022

Bagaimanakah Kita Harus Respons Terhadap Skandal Di Hillsong?


Oleh J. Lee Grady:

Hillsong telah menjadi nama paling popular dalam muzik penyembahan Kristian selama lebih dari dua dekad, dan rangkaian gereja-gereja Hillsong telah mendirikan gereja di 30 negara sejak diasaskan pada 1983 di Australia. Keahlian globalnya dianggarkan 150,000. Tetapi suatu siri skandal telah menggoncang pergerakan itu dalam tempoh dua tahun yang lepas, menyebabkan pengasasnya, Briah Houston meletakkan jawatan ketika berhadapan dakwaan perilaku tidak senonoh dan dakwaan penyembunyian kes.

Pencemaran pada jenama Hillsong bermula dua tahun lalu, semasa kemuncak pandemik, apabila Carl Lentz, pastor selebriti Gereja Hillsong di New York City, telah dihentikan kerja pada November 2020 setelah diketahui bahawa dia telah terlibat dalam perhubungan luar nikah. 

Kemudian, pada minggu lepas, suatu dokumentari bertajuk, Hillsong: A Megachurch Exposed, telah ditayangkan oleh Discovery Plus. Filem tiga bahagian itu mendakwa bahawa gereja itu bukan saja telah tidak menguruskan dengan baik dakwaan-dakwaan salah laku seks tetapi juga mengambil kesempatan memberikan gaji rendah kepada pelayan-pelayan pelatih yang muda. Dalam filem itu, bekas anggota-anggota Hillsong berkongsi kisah diri mereka merasa dikhianati, dimanipulasi dan disalahguna oleh pemimpin-pemimpin gereja, dan perkataan "kultus" kadangkala dilemparkan untuk menggambarkan gereja Pentakosta itu.

Brian Houston, 68 tahun, meletakkan jawatan pada 23 Mac, sehari sebelum dokumentari itu ditayangkan di saluran penstriman itu. Dia telah didakwa menghantar mesej-mesej teks yang tidak sepatutnya kepada seorang kakitangan dan menghabiskan suatu tempoh masa di bilik hotel seorang wanita. 

Dalam prosiding mahkamah di Australia, Houston juga telah menafikan dia menyembunyikan dakwaan-dakwaan salah laku seks terhadap ayahnya, Frank Houston, yang merupakan seorang pastor dalam Australian Assemblies of God selama bertahun-tahun. Dokumentari itu mendakwa bahawa Frank Houston telah melakukan salah laku seks terhadap kanak-kanak lelaki dari 1965 ke 1977, dan bahawa pemimpin-pemimpin Hillsong telah menyembunyikan laporan-laporan itu. 

Penyiaran dokumentari itu, bersama dengan perletakan jawatan Houston dan kejatuhan Lentz, telah mencetuskan beberapa pemimpin Hillsong untuk menarik keluar gereja-gereja mereka dari rangkaian Hillsong termasuk Pastor Terry Crist dari Hillsong Phoenix dan Sam Collier dari Hillsong Atlanta. Hillsong Dallas di Texas telah ditutup setahun lalu selepas dakwaan pastor-pastornya, Reed dan Jess Bogard telah menyalahgunakan dana gereja. 

Adalah suatu hal yang tragik apabila seseorang pemimpin gereja gagal, tetapi kesannya kelihatan jauh lebih teruk apabila pelayanan itu berprofail tinggi seperti Hillsong. Bagaimanakah kita harus memberi respons dalam keadaan-keadaan seperti ini? Inilah nasihat saya:

- Tak salah untuk kita meratap. Kita tidak perlu hidup dalam penafian - seolah-olah skandal buruk ini tidak pernah terjadi. Manusia kadangkala membawa malu ke atas gereja kerana dosa-dosa mereka. Nabi Yeremia menulis satu kitab meratapi dosa-dosa Israel. Dia berkata dalam Ratapan 5:16, "Mahkota telah jatuh dari kepala kami. Wahai kami, kerana kami telah berbuat dosa!" Tetapi kemudian dia mengatakan dalam ayat 21a, "Bawalah kami kembali kepada-Mu, ya Tuhan, maka kami akan kembali." Ratapan harus membawa kita kepada pengharapan. 

- Jangan membuang semua yang baik yang telah dilakukan oleh Hillsong. Kita cenderung memikirkan mengenai gereja utama yang amat besar di Sydney, Australia, tetapi rangkaian mereka memiliki berpuluh-puluh gereja yang lebih kecil di seluruh Australia. Selama hampir 40 tahun, ahli-ahli pasukan Hillsong yang setia telah menyebarkan Injil di negara itu, dan dari situ telah membawa mesej Yesus ke setiap benua. 

Selain itu, impak Hillsong ke atas muzik Kristian adalah amat besar. Lagu-lagu penyembahan Hillsong dinyanyikan oleh dianggarkan 50 juta orang dalam 60 bahasa. Kita tidak perlu membatalkan gereja itu - atau lagu-lagu yang istimewa itu - hanya kerana beberapa pemimpin telah melakukan kesilapan serius. Paulus memberitahu orang-orang di Tesalonika, "Berpegang teguh pada yang baik. Jauhilah segala bentuk kejahatan" (1 Tesalonika 5:21b-22, AVB)

- Marilah kita belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan. Saya memiliki mentor-mentor yang telah mengajar saya banyak mengenai Tuhan, kepimpinan dan pelayanan. Tetapi saya juga telah banyak belajar dari memerhatikan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin. Jika ada seseorang dalam pelayanan yang melukakan anda, ambil peringatan ini, "Ini bukanlah cara saya ingin melayani orang" Anda sebenarnya boleh mengubah kekecewaan anda menjadi berkat jika anda mempelajari daripadanya. Mungkin dari skandal yang tragik ini, kita boleh mempelajari kembali bahawa Tuhan menyuruh kita untuk menjadi rendah hati dan bukannya selebriti. 

- Berdoa untuk mereka yang telah dilukakan. Apabila saya mendengar mengenai kegagalan sesebuah gereja, saya akan mula berdoa untuk orang-orang yang terdekat dengan skandal itu. Sesetengah orang akan merasa begitu dikhianati, mereka tergoda untuk meninggalkan Yesus, atau melupakan gereja sama sekali. Doalah agar mereka menemukan kasih kurnia untuk mengampuni mereka yang telah salah guna kewangan, kurang integriti, atau yang telah mengambil kesempatan atas orang-orang yang tidak bersalah. 

Sejak saya mendengar mengenai masalah-masalah Hillsong, saya telah kembali kepada lagu-lagu Hillsong kegemaran saya, dan saya menyanyikan lagu-lagu itu ke atas situasi itu. Salah satunya adalah "The Power of Your Love" yang telah ditulis oleh Geoff Bullock pada 1992. Doa saya adalah agar Yesus akan memegang rapat keluarga Hillsong sewaktu tempoh ujian ini, dan mereka akan bangkit sekali lagi. 

Lord I come to You / Let my heart be changed, renewed

Flowing from the grace/ That I found in You.

Lord I've come to know/ The weaknesses I see in me

Will be stripped away/ By the power of Your love.

Hold me close / Let Your love surround me

Bring me near/ Draw me to Your side.

And as I wait/ I'll rise up like the eagle,

And I will soar with You / Your Spirit leads me on /

In the power of Your love.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "How Do We Respond To The Hillsong Scandal?" yang ditulis oleh J. Lee Grady bertarikh 30 Mac 2022)