Khamis, 4 Ogos 2022

Ada Cara Yang Betul dan Cara Yang Salah untuk Meninggalkan Sesebuah Gereja


Oleh J. Lee Grady:

Musim pandemik ini tidaklah mudah - tetapi pastor-pastor telah menderita dengan cara yang unik. Statistik menunjukkan bahawa 20-30% orang yang sering ke gereja telah berhenti menghadiri kebaktian pada 2020, dan bilangan besar orang-orang itu tidak kembali lagi. Dalam banyak kes, mereka tidak mengucapkan pun selamat tinggal. 

Ramai daripada kawan-kawan terbaik saya adalah pastor, dan mereka memberitahu saya banyak kisah sedih bagaimana ahli-ahli gereja mereka telah pergi - sebelum dan semasa pandemik. Saya membuat suatu bancian secara rawak minggu ini untuk mendengar bagaimana tindak-tanduk ahli-ahli gereja yang sudah pergi apabila mereka keluar dari pintu belakang.

Pastor "Bob": "Salah seorang dari ahli kami tinggalkan gereja, dan kemudian dia memberitahu saya bahawa ianya kerana penghawa dingin di gereja terlalu sejuk."

Pastor "Rick": "Satu keluarga tinggalkan gereja kami, tetapi sebelum pergi mereka sebenarnya mengancam kecederaan fizikal ke atas saya, kerana tidak cukup melakukan untuk membantu anak mereka yang ketagih dadah."

Pastor "Stan": "Salah satu daripada ahli-ahli kami datang ke rumah saya dan memberitahu saya bahawa saya sedang memimpin para remaja ke neraka kerana membenarkan mereka mendengar muzik rap Kristian. Kemudian dia tinggalkan gereja."

Pastor "Brenda": "Seorang ahli yang tidak puas hati yang telah tinggalkan gereja masih memiliki satu kunci gereja. Lelaki ini memasuki gereja dan melepaskan selonggok ular. Kami ambil masa seminggu untuk menangkap semua ular itu!" 

Pastor "Doyle": "Seorang lelaki meninggalkan gereja kami selepas saja kami membenarkan sekumpulan orang Kristian berbangsa Hispanic menggunakan bangunan kami. Lelaki ini mengatakan dia pergi kerana orang-orang Hispanic sedang 'mengambil alih segalanya!'"

Pastor "Mike": "Kebanyakan masa apabila seseorang meninggalkan gereja, mereka tak cakap apa-apa pun. Saya lebih suka mereka memberitahu saya secara terus apakah isu mereka."

Orang datang dan pergi. Para pastor tahu ini dan mereka cuba pelajari untuk bagaimana menghadapi rasa sakitnya. Pastor-pastor pasti akan merasa tertolak apabila ada orang-orang yang meninggalkan gereja, walaupun apabila Tuhan sedang memimpin orang-orang itu untuk pergi. Tetapi jika anda merasakan Roh Kudus sedang memimpin anda untuk meninggalkan sesebuah gereja, tolong lakukanlah dengan cara yang baik. Berikut adalah beberapa garis panduan: 

1. Jangan pergi dengan marah. Jika anda pergi kerana anda marah dengan seorang pastor atau seorang ahli lain, anda menunjukkan ketidakmatangan anda. Menyinggung orang bukanlah hal yang boleh dipertahankan. Yesus menyuruh kita pergi kepada orang yang telah menyinggung kita (Matius 18:15) . Dan Amsal 19:11 (AVB) menyatakan, "Kebijaksanaan seseorang menjadikannya panjang sabar, dan kemuliaannya adalah mengampunkan pelanggaran." Jika anda memutuskan hubungan setiap kali anda tersinggung, anda tidak akan dewasa. Jikapun anda terpanggil untuk meninggalkan sesebuah gereja, anda tidak harus menyimpan dendam. Beranikan diri untuk menghadapi rasa tersinggung anda dan melenyapkan kuasanya. 

2. Jangan buat ancaman. Ada orang yang begitu marah sehingga mereka ingin melukakan gereja apabila mereka pergi. Mereka ingin membuat pastor menderita. Seorang lelaki memberitahu seorang kawan saya bahawa dia berharap gereja akan muflis setelah dia berhenti memberi persepuluhan kepadanya. (Sebaliknya Tuhan menghantar orang-orang lain yang pemberian mereka lebih daripada menutupi kehilangan dalam pendapatan.) Roma 12:9 (AVB) menyatakan, "Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam." Walaupun seorang pastor atau ahli-ahli gereja melakukan hal-hal yang tidak sesuai, bukanlah tugas kita untuk menghukum mereka.

3. Jangan tinggalkan secara rahsia. Ketika saya masih kanak-kanak, ibu saya mengajar saya mengatakan: "Saya telah menikmati hidangan ini. Bolehkah saya minta izin untuk pergi?" setelah saya selesai makan. Saya tidak dibenarkan tinggalkan meja sebelum membuat pengumuman ini. Peraturan yang sama juga digunapakai sewaktu meninggalkan sesebuah gereja. Adalah kurang sopan untuk pergi tanpa memberi penjelasan. Pastor anda layak untuk mengetahui sebabnya. Anda boleh menulis surat, tetapi lebih baik mengatakannya secara berdepan - dan masukkan kata-kata terima kasih atas cara gereja telah membantu anda di waktu lepas. 

4. Jangan bercakap perihal anda tinggalkan gereja di sosial media. Amsal 6:19 menyatakan Tuhan membenci orang yang "menimbulkan perbalahan antara saudara." Itu adalah kata-kata yang keras! Ada orang yang memikirkan bahawa dia sedang melakukan pekerjaan Tuhan ketika dia mengata buruk seseorang pastor, tetapi mereka sedang menggali lubang yang mereka sendiri akan jatuh di dalamnya tak lama lagi. Simpanlah penghakiman anda pada diri anda sendiri. Membuat hantaran yang marah-marah di Instagram hanya menunjukkan betapa kecilnya anda dan mementingkan diri. 

5. Jangan pergi dan bawa orang-orang lain bersama anda. Jika Tuhan memanggil anda untuk bertukar gereja, itu baik saja. Tuhan akan memberkati peralihan anda jika anda melakukannya dengan cara yang sihat. Tetapi jika anda cuba merencanakan satu gerakan keluar gereja beramai-ramai, anda sedang menjejaskan autoriti Tuhan. Jangan izinkan musuh menggunakan anda sebagai ejen pemisah.

6. Jangan pergi dan tinggalkan gereja sama sekali. Saya sering mendengar orang berkata bahawa Tuhan memimpin mereka untuk tinggalkan sesebuah gereja untuk pergi ke gereja lain. Tapi kemudian saya mendapat tahu selepas tiga tahun bahawa "gereja lain" itu bererti tiada gereja! Itu biasanya adalah tanda kekecewaan yang mendalam atau konflik yang belum diselesaikan. Anda tidak harus sekali-kali berputus asa mengenai gereja. Ianya keluarga Allah. Tiada orang Kristian yang harus hidup dalam keterasingan. 

Jelas sekali, ada waktu-waktunya bila kita mesti meninggalkan sesebuah gereja. Ianya berlaku kerana pertukaran tempat kerja, isu-isu keluarga, pilihan berkaitan pelayanan, jarak memandu dan banyak sebab-sebab lain. Dan ada gereja-gereja yang mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan sehingga menjadikan gereja-gereja itu tidak sihat - dan Tuhan tidak mensyaratkan kita terus berada di situ. Roh Kuduslah yang akan memimpin kita ke jemaat yang tepat.

Pastor-pastor yang baik tahu bahawa mereka tidak boleh berpegang pada orang seperti kepunyaan mereka. Gereja-gereja yang sihat mengingatkan kita bahawa pintu keluar adalah terbuka, dan bahawa ahli-ahli bebas untuk pergi seperti yang dipimpin Roh Kudus. Ulangan 28:6 (AVB) menyatakan, "Diberkati engkau ketika engkau masuk dan diberkatilah engkau ketika engkau keluar." 

Para pastor harus memberkati orang-orang yang ingin pergi - tetapi ahli-ahli harus pergi dengan cara kehormat yang akan mengundang berkat itu.

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazine bertajuk, "There's a Right Way and a Wrong Way to Leave a Church" yang ditulis oleh J. Lee Grady bertarikh 3 Ogos 2022)