Khamis, 30 Jun 2011

Puisi "Jejak Kaki"

(Diterjemahkan dari puisi "Footprints")


Selasa, 21 Jun 2011

Rudy Hartono - 'Berdoa' Kunci Kejayaan

Rudy Hartono
Rudy Hartono, bekas jaguh badminton dari Indonesia telah dinamakan sebagai Pahlawan Asia (Asian Hero) dalam majalah TIME pada tahun 2006. Majalah TIME merayakan edisi Asianya yang genap 60 tahun dengan membawa tema 60 Years of Asian Heroes (60 Tahun Pahlawan-Pahlawan Asia). Kisah pencapaian Hartono memenangi 8 Kejuaraan All-England (tujuh daripadanya secara berturut-turut antara 1968-1974, dan yang kelapan pada 1976) telah dimuatkan dalam majalah mingguan itu. Rekod kemenangan Hartono sebanyak lapan kali dalam perseorangan lelaki All-England masih tidak disaingi sehingga kini. 

Selasa, 14 Jun 2011

Rudy Hartono - Menjadi Pemenang Dalam Gelanggang Kehidupan

Rudy Hartono
Di sebalik wajah Rudy Hartono yang ceria adalah kisah seorang bintang handalan yang hampir terlerai hidupnya.

Selepas menguasai dunia badminton selama satu dekad dari penghujung 1960an, warga Indonesia keturunan Cina itu mendapati bahawa usia tua, kekalahan dan perhatian dari orang ramai yang semakin luntur terlalu sukar untuk dihadapi.

Selasa, 7 Jun 2011

Michael Chang - Rahsia Di Sebalik Kejayaan

        Tiga hari yang lalu, Li Na mencatat sejarah tenis apabila menjadi pemain pertama dari China dan Asia untuk memenangi kejohanan Grand Slam apabila menewaskan Francesca Schiavone 6-4, 7-6 (7/0) dari Itali dalam peringkat akhir perseorangan wanita Terbuka Perancis 2011. Peminat-peminat sukan Asia dan China khasnya sangat berbangga dengan pencapaian cemerlang pemain berusia 29 tahun dari Wuhan, China itu.

        Aku berada di rumah abang iparku ketika membaca berita ini dalam akhbar The Star. Keesokan harinya, aku pula terbaca dalam sebuah buku, Path To Victory di rumah ibu mertuaku tentang seorang jaguh tenis warga Amerika keturunan Asia yang juga telah menempa nama di Kejohanan Terbuka Perancis. Namanya Michael Chang, dia telah menjuarai Terbuka Perancis pada tahun 1989 pada usia 17 tahun, sekaligus mencatat sejarah sebagai pemenang perseorangan lelaki termuda Grand Slam, suatu rekod yang masih belum diatasi sehingga kini.


Michael Chang menjuarai Terbuka Perancis 1989

Jumaat, 3 Jun 2011

Syurga Itu Nyata (Mimpi Seorang Anak)

Diceritakan oleh Samuel (umur 9 tahun);

Pada hari Ahad yang lepas (29 Mei 2011), saya tertidur di gereja. Semasa itu saya mendapat mimpi yang indah sekali.