Selasa, 26 Februari 2013

Juara Tinju Manny Pacquiao Menemukan Tuhan Dalam Hidupnya

Juara Tinju, Manny Pacquiao

MANILA, Filipina - Jaguh tinju Filipina Manny "Pac-Man" Pacquiao kini memberitahu dunia siapa jaguh sebenar di dalam hidupnya: Tuhan.

The Boxing Writers Association of America telah menamakan Pacquiao "Peninju Dekad Ini." Dalam karirnya sepanjang 17 tahun, dia telah meninju sehingga ke puncak, menjadi orang pertama digelar juara dunia dalam lapan kategori berat tinju.

Selasa, 19 Februari 2013

Buku Baru "Billy Graham and Me" Dilancarkan (Edisi Siri Chicken Soup for the Soul)

Buku "Chicken Soup for the Soul,
Billy Graham and Me" (12 Feb 2013)
Pelayanan Billy Graham telah menjadi ramuan yang mujarab untuk jiwa jutaan orang di sekeliling dunia. Kini dunia kesusasteraan memberi penghargaan kembali kepada penginjil tersayang berusia 94 tahun ini.

Chicken Soup for the Soul, jenama penerbitan buku-buku best-seller berunsur inspirasi, baru-baru ini melancarkan edisi terbarunya, Chicken Soup for the Soul, Billy Graham and Me. Buku itu memuatkan 101 kisah peribadi yang menarik dari para selebriti, tokoh-tokoh politik, para atlet dan lain-lain yang pernah mengalami pengalaman hidup atau persahabatan dengan pemimpin rohani yang kemungkinan paling penting zaman ini.

Sabtu, 16 Februari 2013

Penginjil Tanpa Lengan dan Kaki Mendapat Anak

Nick Vujicic dan isterinya Kanae Miyahari

Seorang penginjil yang telah dilahirkan tanpa lengan dan kaki, dan yang telah memberi inspirasi kepada jutaan orang melalui kesaksian iman dan ketabahannya, telah mengumumkan kelahiran anaknya pada hari Rabu.

Isnin, 11 Februari 2013

Kesaksian Dari Dua Penulis Lagu "Above All"

Album "Above All" oleh Lenny Leblanc yang
telah menulis lagu itu bersama Paul Laboche

Lagu "Above All" (Di Atas Segalanya) telah menjadi lagu penyembahan yang telah menyentuh jutaan hati dan sering dinyanyikan umat Kristian di seluruh dunia. Berikut ialah kesaksian kedua-dua penulis lagu tersebut, Paul Laboche dan Lenny Leblanc bagaimana lagu itu telah diciptakan...

Jumaat, 8 Februari 2013

Kisah Di Sebalik Lagu "Above All"

Paul Laboche, penulis lagu
penyembahan "Above All"
Lagu "Above All" telah menjadi lagu yang terkenal dan dinyanyikan oleh umat Kristian di sekeliling dunia. Antara penyanyi yang telah memasyhurkan lagu itu ialah Michael W. Smith (klip lagu "Above All" yang dinyanyikan Michael telah ditonton lebih 6 juta kali di Youtube!). 

Berikut ini kesaksian menarik Paul Laboche, penulis lagu "Above All" mengenai bagaimana lagu itu telah ditulis olehnya dan kawannya, Lenny LeBlanc. 

Rabu, 6 Februari 2013

Michael W. Smith - Terselamat Dari Dadah!

Michael W. Smith, penulis dan
penyanyi lagu Kristian terkemuka
Penyanyi dan penulis lagu Michael W. Smith tidak pernah sama lagi sejak Tuhan datang kepadanya lebih daripada 30 tahun yang lalu pada waktu paling gelap dalam hidupnya.

Walaupun dia kini sudah menjadi salah satu seniman muzik Kristian yang paling dikenali dan dihormati - dengan 44 Anugerah Dove, tiga Anugerah Grammy dan lebih 15 juta jumlah jualan - hidupnya bukan selalu selancar ini.