Oleh Neal Samudre:
Sebagai seorang kanak-kanak, aku selalu berimpian untuk mengubah dunia. Tetapi sekarang, aku tidak lagi menganggap impian itu sebagai realiti.
Sebagai seorang kanak-kanak, aku selalu berimpian untuk mengubah dunia. Tetapi sekarang, aku tidak lagi menganggap impian itu sebagai realiti.
Keinginan untuk memiliki impian besar dan melakukan impak masih wujud dalamku, tetapi aku telah menenggelamkannya dalam fikiranku dan cenderung memikirkankannya sebagai satu fantasi.
Kita semua mahu menjadi orang yang mengubah dunia, tetapi kebanyakan kita akhirnya menganggap idea itu keanak-anakan dan tidak realistik. Mungkin kita berfikir bahawa kita tidak boleh melakukan banyak sebagai seorang individu, atau pun sumbangan kita terlampau kecil. Kita boleh menjadi berpuas hati, dan meneruskan hidup dalam kebiasaan sehari-hari kita dan melupakan gagasan bahawa kita benar-benar boleh meninggalkan impak.
Tetapi baru-baru ini aku mula mengubah pandanganku mengenai kehidupan. Aku menyedari bahawa ianya hanya satu pilihan untuk tidak membawa perubahan kepada dunia, dan satu pilihan yang kurang waras. Tidak ada keadaan yang sebenarnya dapat menghalang kita daripada membawa perubahan, samada ianya dalam kehidupan dua orang atau 2 juta orang, samada melalui penyumbangan waktu, bakat, wang dan pengaruh kita atau apa pun saja.
Jika kita menyelidik secara mendalam hati kita untuk sebab-sebab yang sebenar kita memilih untuk tidak terlibat dalam meninggalkan impak, aku percaya kita akan mendapati keadaan-keadaan yang remeh, yang tidak wajar dan boleh dielakkan.
1. Keselesaan
Dalam zaman yang penuh kemudahan dan di mana keinginan dapat dipenuhi segera, kita diajar bahawa keselesaan adalah segala-galanya, walau pun sebenarnya keselesaan itu satu kebohongan. Sangat lucu bahawa dalam hidup kita bertungkus-lumus berlumba dari satu tempat ke satu tempat keselesaan. Itulah caranya kita telah dicorak untuk hidup dalam masyarakat.
Kita percaya bahawa hidup itu paling bagus apabila kita bersandar malas di pantai sambil memerhatikan ombak, tetapi mungkin hidup itu lebih bererti bila kita sedang berenang di laut sambil melawan arus kuatnya.
Jangan biarkan keselesaan menentukan kerelaan anda untuk terlibat dalam usaha yang bermakna. Untuk melakukan impak, anda seringkali akan perlu keluar daripada zon keselesaan anda. Bersedia untuk menjadi kurang selesa, dan jangan berfikir bahawa keselesaan itulah tempat bagi anda.
Tidak ada jalan rata yang akan sampai ke puncak gunung, anda hanya akan mencapainya dengan mendaki.
2. Rasa Wajar Mendapatkan
Rasa wajar mendapatkan sesuatu itu adalah satu kebohongan yang berkaitan kepentingan diri. Ianya memberitahu kita bahawa kita layak mendapatkan sesuatu apabila kita sebenarnya tidak. Ianya memikirkan kepentingan kita, tetapi masalahnya ianya mengangkat kepentingan kita melebihi kepentingan orang lain.
Membawa perubahan adalah satu tindakan yang pada asasnya tidak berkepentingan diri. Dalam sifatnya yang sebenar, ianya mengangkat kita untuk melihat dunia dari sudut pandang yang lebih tinggi, yang memberi tumpuan kepada keperluan masyarakat dan keupayaan kita untuk menjadi jawapannya.
Sebenarnya kita tidak layak untuk mendapatkan apa-apa, dan jika kita terus-menerus memberitahu diri kita apa yang kita rasa kita wajar mendapatkan, kita tidak akan dapat sebenar-benarnya melihat keperluan orang lain. Dunia kita menuntut adanya satu pergerakan manusia yang akan memulihkan keindahannya yang sudah tercemar. Jadi terserahlah pada kita untuk melepaskan rasa kewajaran kita untuk mendapatkan dan meminta Tuhan memakai kita untuk membawa keadilan dan perubahan.
3. Sikap Tidak Peduli
Dalam zaman moden ini, kita dibanjiri dengan informasi mengenai segala masalah, segala keperluan, segala konflik yang menyedihkan. Terlalu banyak perkara yang harus kita ambil berat sehingga boleh menyebabkan kita tidak mahu ambil tahu dan peduli.
Sikap tidak peduli adalah musuh ketatku. Ada waktu-waktunya hatiku tidak sedih atau tidak tergerak sedikit pun untuk keperluan orang lain. Kekurangan kasihku itu seringkali membawa kepada tiada minat untuk mengetahui.
Tetapi aku telah mempelajari bahawa kasih sayang itu berfungsi paling baik seperti otot. Ianya memerlukan gerak latih melibatkan diri, menghadapi keadaan-keadaan yang anda jarang hadapi.
Semakin banyak anda melibatkan diri dengan keperluan orang lain, semakin hati anda akan menjadi lembut.
4. Wang
Sangat mungkin alasan yang terbesar untuk tidak membawa perubahan ialah wang. Sepertinya kita selalu melihat media akan memberi tumpuan kepada bantuan kebajikan daripada selebriti-selebriti, dan kita mula berfikir bahawa satu-satunya cara kita dapat membawa perubahan ialah apabila kita memiliki sejumlah wang tertentu. Tetapi ini adalah satu kebohongan.
Wang itu berguna tetapi bukan segala-galanya. Orang yang paling miskin sekali pun boleh membawa perubahan yang berkekalan, sebab perubahan diukur di hati bukan pada jumlah. Jika kita boleh bawa kesan kepada cara seseorang itu hidup, berinteraksi dan melihat dunia, kita telah membawa perubahan.
Wang tidak menentukan keupayaan kita untuk membawa perubahan. Ianya boleh membantu, tetapi jangan lupa cara-cara kecil di mana seseorang boleh membawa perubahan melalui tindakan-tindakan kecil yang sangat bermakna.
5. Masa
Ramai orang memikirkan diri mereka lebih sibuk daripada yang sebenarnya. Apabila kita mengisi penuh jadual kita, membawa perubahan sering menduduki tempat terakhir. Kita fikir kita akan melakukannya apabila kita ada masa lapang yang tersisih selepas menyudahkan segala perkara yang lain.
Realitinya kita semua memiliki masa untuk melakukan sesuatu. Tetapi apa yang kita pilih untuk lakukan dalam waktu yang kita ada, itulah yang menjadi perbezaannya. Ramai orang yang menghabiskan masa senang mereka berbaring di kerusi malas atau melayari internet, tetapi ini adalah waktu yang boleh digunakan untuk sesuatu yang boleh menyumbang kepada kehidupan.
Sedikit waktu yang kita miliki itu membawa bersamanya tanggungjawab untuk meninggalkan impak. Kita boleh lakukan kerja-kerja yang besar ertinya dengan masa kita, tetapi semuanya bermula dengan menerima atau tidak tanggungjawab besar itu.
Masa bukan musuh kita, tetapi yang menjadi musuh ialah cara kita menggunakannya.
6. Diri Anda
Pada akhirnya, halangan kita yang sebenarnya adalah alasan yang kita gunakan untuk membenarkan rasa mudah berpuas hati kita. Di sebalik alasan remeh itu, terdapat sesuatu yang benar, yang menyebabkan kita tidak berbuat apa-apa. Mungkin ianya kurang keyakinan atau kurang harga diri yang menghalang kita, tetapi sudah tiba waktu untuk kita menapis alasan-alasan di atas dan mengarahkan tumpuan kepada isu-isu sebenar yang menghalang kita. Sekali kita menghadapi apa yang menghalang kita, aku percaya perubahan akan menjadi sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita.
Sudah tiba masanya menapis alasan-alasan kita yang remeh-temeh, dan menjadi sebahagian daripada jawapan yang diperlukan dunia ini. Sudah tiba waktunya kita mengambil langkah perubahan daripada hanya menjadualkannya. Sudah tiba waktunya membawa perubahan dengan menjalani hidup yang berimpak.
(Diterjemah daripada artikel Relevent Magazine bertajuk "6 things Holding You Back From Making A Difference" penulisan Neal Samudre bertarikh 17 Februari 2014)