Khamis, 20 Februari 2014

Russell Wilson: Aku Mengenali Tuhan Selepas Yesus Datang Kepadaku Dalam Mimpi Pada Usia 14 Tahun

Pemain quarterback Seattle Seahawks, Russell Wilson

SEATTLE (CBS Seattle) - Pemain quarterback Seattle Seahawks, Russell Wilson menceritakan mengenai iman Kristiannya dalam satu filem rencana baru-baru ini bertajuk, "The Making of a Champion."

Dalam video itu, Wilson, 24 tahun, menerangkan bagaimana dia mengenali Tuhan pada usia 14 tahun. 

"Aku mendapat mimpi pada suatu malam bahawa ayahku sudah meninggal dunia dan Yesus masuk ke bilikku dan Dia mengetuk pintuku, sambil mengatakan 'Hai, kau perlu lebih mengetahui mengenai-Ku,'" kata Wilson. "Jadi pada pagi Ahad itu aku pergi ke gereja dan aku pun diselamatkan."

Malangnya mimpi itu merupakan suatu pemberitahuan awal sebab enam tahun kemudian ayah Wilson meninggal dunia.

Wilson juga menerangkan dalam video itu bahawa dulunya dia seorang "budak nakal" dan iman Kristiannya telah menolongnya menjadi lebih matang.

"Aku percaya itu telah membantuku melalui banyak kesusahan... sebab dulunya aku suka berlawan dengan budak-budak lain, menggigit mereka dan melakukan bermacam hal setiap masa," kata Wilson. 

Bintang quarterback itu mengucap syukur untuk bakat yang Tuhan telah berikan kepadanya. 

"Tiada sesiapapun yang boleh menghalang apa yang Tuhan sediakan bagimu," kata Wilson.

Pemain-pemain Seahawks, Clint Gresham, Russell Okung dan Chris Maragos serta jurulatih-jurulatih Sherman Smith dan Rocky Seto juga muncul dalam filem rencana itu.


Filem rencana "The Making of a Champion" (diterbitkan 13 Oktober 2013)


(Diterjemahkan daripada artikel CBS Seattle bertajuk "Russell Wilson: I Found God When Jesus Came To Me In A Dream At 14" bertarikh 17 Oktober 2013)