Kevin Durant menerima anugerah Most Valuable Player NBA 2013-2014 |
"Pertama-tamanya aku ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana mengubah hidupku. Dia telah membuatku betul-betul sedar apakah itu kehidupan. Bola keranjang hanyalah satu pentas bagiku untuk memberi inspirasi kepada orang lain, dan aku menyedari itu."
(Oklahama City, OK) - Dalam satu ucapan yang disetujui umum sebagai yang paling menyentuh hati, penuh perasaan dan mendorong secara rohani, juga rendah hati, pemain All Star lima kali NBA Kevin Durant menangis secara terbuka Selasa lepas sewaktu menerima anugerah Most Valuable Player (MVP) NBA.
Durant yang dibesarkan di bahagian luaran bandar Washington DC bersama abangnya memberi penghargaan kepada ibu tunggalnya, yang menghadiri acara itu, yang telah berperanan menjadikannya seperti hari ini.
Kevin Durant terharu semasa memberi penghargaan kepada ibunya semasa acara penyampaian anugerah MVP (Most Valuable Player) NBA 2013-2014 |
"Aku agak kamu tidak tahu apa yang telah kamu lakukan," katanya, sambil memberikan penghargaan kepada ibunya yang duduk di khalayak penonton. "Kamu membuat kami percaya. Melindungi kami dari pengaruh jahat. Memberikan kami pakaian, makanan di atas meja. Walaupun kamu tidak makan, kamu pastikan kami dapat makan.
"Kamu berkorban untuk kami. Kamulah MVP yang sebenar."
"Kamu berkorban untuk kami. Kamulah MVP yang sebenar."
Pada Jun yang lalu, Durant berkongsi mengenai kasihnya untuk Yesus Kristus di Gereja Hillsong di New York City.
"Apabila aku keluar dari air, aku merasa sungguh berbeza," kata Durant mengenai baptisannya di Hillsong. "Sebelum itu, aku cepat marah atas hal-hal yang paling kecil; jurulatih-jurulatihku, rakan-rakan sepasukanku, para peminatku. Selepas [aku dibaptis], aku menjadi begitu positif, menunjukkan kasih karunia Tuhan..."
"Aku cuma mahu bertumbuh secara rohani bersama Tuhan," katanya. "Aku berusaha kuat dalam hal ini, cuba menjalani kehidupan iman yang semakin baik."
(Diterjemah daripada artikel "Breaking Christian News bertajuk "NBA'S Kevin Durant Blows Media Away With "Soul-Baring" Testimony To God's Grace And A Single Mother's Enduring Strength" penulisan Teresa Neumann bertarikh 8 Mei 2014)
VIDEO: Ucapan Kevin Durant semasa penerimaan anugerah MVP NBA
(Diterjemah daripada artikel "Breaking Christian News bertajuk "NBA'S Kevin Durant Blows Media Away With "Soul-Baring" Testimony To God's Grace And A Single Mother's Enduring Strength" penulisan Teresa Neumann bertarikh 8 Mei 2014)