Selasa, 1 Julai 2014

David Luiz Bermain Mengatasi Kesakitan

David Luiz merayakan bersama Neymar, rakan sepasukannya
selepas menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Chile
(Foto dari akhbar The Star, 1 Julai 2014)

David Luiz bersedia mengatasi paras kesakitan untuk mencapai impian Piala Dunianya. 

Bekas pemain handalan Chelsea itu dalam kesakitan selepas menjaringkan gol dalam kemenangan tendangan penalti yang dramatik menentang Chelsea dan tidak dapat berjalan pada akhir perlawanan.

Pemain pertahanan tengah Luiz sedang mengalami sakit belakang, yang sedang diawasi rapat oleh pasukan perubatan Brazil. 

Tetapi walau betapa peritnya kesakitan itu, tidak ada apa pun yang akan menghalangnya daripada usaha mendapatkan rekod kejuaraan dunia keenam untuk negara kesayangannya.

Persembahannya yang tidak konsisten dalam Liga Perdana Inggeris mungkin membuat para peminat Chelsea resah, namun begitu dia adalah pemain penting untuk tuan rumah Piala Dunia. 

Luiz yang mendapat kecederaan ini Khamis lepas berkata, "Selepas permainan itu, aku tidak dapat berjalan." 

"Tetapi yang pertamanya, aku ingin berterima kasih kepada Tuhan untuk segala sesuatu yang Dia lakukan dalam hidupku. Aku mahu berterima kasih kepada keluargaku dan orang-orang yang telah mendorongku untuk menghadapi semua cabaran ini - terutamanya rakan-rakan sepasukanku."

"Pengurus, tukang fisio, dan seluruh pasukan perubatan meletakkan kepercayaan kepadaku. Mereka melihat aku ketika latihan dan aku langsung tidak dapat berjalan."

"Ketika aku mengambil penalti itu, aku merasa sangat sakit, tetapi aku telah mengatakan bahawa aku akan melakukan apa saja untuk bermain dalam perlawanan ini. Aku telah menjalani rawatan secara berterusan selama dua minggu."

"Aku bangun pada Sabtu pagi untuk mendapatkan lebih rawatan lagi. Semua orang tahu aku dalam kesakitan. Tetapi Tuhan memberkatiku."


David Luiz menjaringkan gol untuk pada minit ke-18 dalam perlawanan
Brazil menentang Chile dalam pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir.
Perlawanan berakhir seri 1-1 selepas masa tambahan dan Brazil maju
ke pusingan suku akhir selepas memenangi tendangan penalti 3-2

Luiz bermula dengan cemerlang untuk pasukan Felipe Scolari dan menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama selepas 18 minit, walaupun ulang tayang TV menunjukkan seolah-olah pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara yang telah membuat sentuhan terakhir.

Gol itu telah diberikan serta-merta kepada pemain pertahahan PSG itu walaupun terdapat keraguan dan sebuah panel FIFA telah mengesahkan bahawa pemain 27 tahun berambut keriting itu telah membuat sentuhan terakhir. 

Kumpulan pemerhati teknikal itu terdiri daripada para jurulatih dan bekas pemain-pemain dari sekeliling dunia. 

Dan mereka telah mengkaji gol itu daripada semua sudut (terdapat 34 kamera di setiap stadium). 

Seorang jurucakap FIFA mengatakan, "Kumpulan pemerhati teknikal telah membuat kajian dan gol itu tetap dikira sebagai jaringan David Luiz. 

"Mereka mengatakan bahawa dia dengan pastinya telah melakukan sentuhan terakhir." 

Pengurus Brazil, Scolari sekarang mempunyai seminggu untuk memastikan Luiz dan pemain handalan muda, Neymar akan kedua-duanya cukup cergas untuk berhadapan dengan Colombia dalam suku akhir Jumaat ini di Fortaleza.

(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk "Dream Worth Suffering" bertarikh 1 Julai 2014)