Isnin, 21 Julai 2014

MH17 - Catitan Seorang Pastor

Gambar Penerbangan MH17 di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam
sebelum bertolak ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 (Foto Reuters)

Pada pagi Sabtu aku terbaca catitan Facebook ini oleh Pastor Ng Wah Lok, seorang ahli jawatankuasa pemandu Malaysian Gospel Music. Pastor Wah Lok menceritakan kesedihannya apabila mendengar bahawa seorang anak gadis yang maut dalam kapalterbang MH17 adalah kawan paling akrab anak saudaranya...




"Rasa sedih pagi ini setelah mendapat tahu bahawa kawan paling akrab anak saudaraku telah menaiki MH17. Dia sepatutnya menjadi pengapit perempuan untuk perkahwinan anak saudaraku. Kemudiannya aku mendapat tahu bahawa semua anak lelakiku juga mengenalinya. Juga di School of Worship MGM, seorang pelajar memberitahu aku bahawa anak saudaranya adalah juruterbang penerbangan tersebut. Dengan itu segala keriangan kami atas kejayaan School of Worship bertukar hambar kerana berita yang tragis ini. Semua ini mengingatkanku untuk menjalani hidup dengan sebaiknya kerana hidup mungkin singkat." 


Marilah kita terus mendoakan ahli-ahli keluarga dan sahabat handai kepada kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang telah terkorban dalam penerbangan MH17 yang jatuh terhempas akibat serangan roket di Ukraine pada 17 Julai 2014.