Febyanti Herewila diberi kata-kata sokongan dari kawan dan keluarga selepas selesainya kebaktian pengkebumian Andrew Chan (Gambar AAP/Dan Himbrechts) |
Pengkebumian penyeludup dadah ke Bali yang telah menjalani hukuman mati, Andrew Chan yang telah menjadi Kristian di penjara dan telah melayani sebagai pastor kepada para tahanan lain, telah diadakan di Hillsong Church di Sydney dalam suasana penuh emosi.
Chan telah ditahan pada 2005 dan telah disabit kesalahan menyeludup dadah, menjalani 10 tahun sebagai tahanan hukuman mati sebelum ditembak mati oleh skuad penembak bersama Myuran Sukumaran dan enam orang lagi. Mereka sedang menyantikan lagu Matt Redman "10,000 Reasons" (Bless The Lord) ketika mereka ditembak.
Michael Chan memberi ucapan hormat untuk adiknya Andrew semasa kebaktian pengebumian |
Dia berkata dia berharap bahawa kempen yang telah mencuba menyelamatkan Andrew Chan dan Myuran Sukumaran akan diteruskan.
"Manusia perlukan peluang kedua. Biarlah ini bukan mengenai Andrew dan Myu tetapi mengenai orang-orang lain di sekitar dunia yang memerlukan pertolongan anda," katanya.
Mesej Dari Andrew Dibacakan
Ahli-ahli keluarga dan sahabat handai juga memberi ucapan penghormatan dan berkongsi ingatan mengenainya, Sahabat kepada keluarga, Mark Soper membaca mesej terakhir dari Andrew Chan sendiri, mengatakan, "Inilah hari yang aku akan bangkit dari peti kerandaku, sambil kata-kata diucapkan dalam nama Yesus, bangkitlah! Atau mungkin aku sedang terlalu menikmati di syurga dan aku menantikan anda semua di sini."

Mesej itu juga memberikan nasihat untuk "Anggaplah setiap hari sebagai intan berlian sebab setiap hari sangat bernilai dan anda tidak dapat membelinya kembali. Belajar menggunakannya untuk melakukan apa yang anda cintai, dan luangkan masa bersama orang-orang yang paling dikasihi sebab anda tidak tahu bila waktunya untuk mengatakan selamat tinggal,"
Mesej Andrew seterusnya, "Pada detik-detik terakhirku di bumi, aku menyanyikan 'Haleluya!' Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik. Aku telah mencapai garis akhir dan muncul sebagai pemenang di mata Tuhan dan manusia. Aku mempunyai kisah untuk disampaikan, yang akan ditentukan oleh anda bagaimana anda akan bersaksi mengenaiku. Tanyalah dirimu, 'Apakah yang aku tinggalkan untukmu?' Itulah yang akan menentukan legasiku. Aku pergi sekarang dengan damai dan kasih, doaku ialah anda semua akan tahu betapa aku menilai dan menghargai kasih dan persahabatanmu. Sambil anda semua meninggalkan tempat ini pada hari ini, kepada siapakah anda akan bersaksi pada hari ini?"
Lagu-Lagu Yang Dinyanyikan
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan semasa upacara pengkebumian ialah "Amazing Grace" dan "10,000 Reasons", yang antara senikatanya berbunyi, "Dan pada hari itu kekuatanku sudah pudar/ Kesudahan sudah dekat dan waktuku sudah tiba/ Jiwaku terus menyanyikan pujian kepada-Mu yang tidak berkesudahan/ 10,000 tahun dan untuk selamanya."

Febyanti Herewila |
Dia berkata semasa Chan dibawa ke tempat hukuman, Chan telah memohon Tuhan untuk mengampuni para penembaknya, dan kemudian berdoa untuk Indonesia. Kumpulan tahanan yang dihukum mati itu menyanyikan "Amazing Grace" dan kemudian diikat ke tiang. Herewila berkata mereka menyanyikan "10,000 Reasons" dan sempat menyanyi habis rangkap pertama lagu itu, tetapi di pertengahan rangkap kedua, skuad penembak telah melepaskan tembakan.
Jemaat berdiri dan memberi tepukan hormat sambil keranda Chan dibawa meninggalkan gereja dan belon ungu dan kuning dilepaskan ke langit. Ibunya Helen yang kesedihan dipegang oleh kawan-kawan di kiri dan kanannya.
Video: Lagu 10,000 Reasons (Bless The Lord) - Matt Redman
(Diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk "Andrew Chan Was Executed Singing 10,000 Reasons, Widow Tells Funeral Congregation" penulisan Mark Woods bertarikh 8 Mei 2015)