Pastor yang menjadi penyanyi Ho Yeow Sun, juga dikenali sebagai Sun Ho sedang membuat persembahan dalam sebuah konsert pada 1 Jun 2006 (Foto dari fail TNP) |
Tetapi adakah dia benar-benar memiliki peluang untuk mengecapi kejayaan?
Sehingga 2002, dia telah berjaya menghasilkan beberapa lagu hit dalam dunia muzik Mandopop dan diminati di Taiwan.
Sementara dia berjaya di Asia, cubaannya untuk berjaya di Amerika telah disusuli dengan laporan polis di sini yang mendakwa penyalahgunaan dana gereja dan perbicaraan mahkamah yang telah berakhir dengan enam pemimpin gereja didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah.
Dan di antara enam orang itu ialah suaminya, yang telah membantu mengatur dan menyokong kariernya sebagai penyanyi.
Industri muzik ialah industri yang tiada belas kasihan, dan pasukan Sun Ho (nama popnya) mungkin terlalu kurang pengalaman dalam usaha mereka mengembang ke barat.
Yang pertamanya, masa mereka itu tidak tepat, kata konsultan karier muzik Amerika Syarikat, Robert A. Case.
Dia berkata, "Saya tidak pernah mendengar langsung muziknya. Jika saya ada S$24 juta pada masa itu, saya langsung tak akan laburkan wang itu dalam industri muzik."
Dia memberitahu The New Paper pada hari Ahad bahawa Ho telah memasuki pasaran pada waktu yang buruk oleh kerana industri muzik Amerika Syarikat pada masa itu sedang dalam lingkaran pusaran menurun. Ho telah berpindah ke Amerika pada 2003 untuk memulakan karier muziknya.
Tetapi pada 2003, kemunculan perkhidmatan muzik online seperti iTunes Store sedang mejejaskan dengan teruk jualan industri muzik di situ, kata Encik Case.
Ramai artis baru yang bergerak secara persendirian gagal melihat itu dan mereka terus membelanjakan wang.
Bagi Ho, tujuh tahunnya di Amerika merupakan tahun-tahun yang glamor. Dia menerima latihan tarian secara peribadi daripada tokoh-tokoh koreografi yang terbilang, dan bekerjasama dengan ramai artis, pengarah dan penerbit yang terulung untuk video-video muziknya.
Dia juga telah diundang menghadiri acara penganugerahan industri hiburan.
MEMBAYAR UNTUK MEMBUKA PELUANG
Tetapi manakala dia telah berjaya di Asia, pasukannya perlu membayar untuk membolehkannya bekerjasama dengan tokoh-tokoh muzik semata-mata untuk membuka peluang di Amerika Syarikat.

Sejumlah S$24 juta telah dibelanjakan untuk karier muzik Ho.
Emel yang telah didedahkan di mahkamah menunjukkan bahawa US$1.5 juta (S$1.9 juta) telah dibayar kepada rapper Wyclef Jean. US$1.5 juta lagi telah dibayar kepada rapper Missy Elliot untuk mendapatkannya untuk muncul dalam muzik video Ho sebagai langkah penyelamat seandainya keadaan mendesak.
Wang yang dibelanjakan juga telah membuka kesempatan baginya bekerjasama dengan penerbit album veteran dan pemenang 16 kali Anugerah Grammy, David Foster yang telah membantunya menerbit single Inggeris pertamanya, Where Did Love Go.
Lagu itu mencapai tempat teratas carta Billboard untuk breakout dance.
Encik Case yang pernah menguruskan beberapa artis yang telah memasuki senarai kemasukan Grammy, dalam kategori-kategori seperti Artis Baru Terbaik dan Album Terbaik Sepanjang Tahun, berkata memasuki carta adalah "tidak berguna" jika Ho tidak dapat mengekalkan momentumnya.
"Jadi dia memasuki carta Billboard. Itu bagus. Tetapi jika dia tidak memiliki pasukan atau pengalaman untuk meneruskan dan menyusuli kejayaan itu, ianya tidak ada faedahnya," kata konsultan itu yang telah menceburi industri itu selama 28 tahun.
Sun Ho telah menandatangan dengan syarikat rekod David Foster, Tonos Entertainment pada 2003.
Tetapi masalah timbul tidak lama selepas itu.
Pada September 2003, Tonos telah gulung tikar dan Ho seterusnya bekerjasama dengan Wyclef dan Justin Herz dari JH Muzik.
Encik Gingio Muehlbaeur, pengasas kepada beberapa syarikat pengurusan artis antarabangsa, percaya bahawa adalah tidak perlu untuk penyanyi-penyanyi baru bekerjasama dengan bintang-bintang yang sudah ternama.
"Lagu, penerbitan dan imej yang tepat adalah jauh lebih penting.
"Lihat Psy (penyanyi Korea) sebagai umpamanya. Dia gunakan satu gerakan tarian, satu rentak, dan video yang menarik untuk mencapainya," kata Encik Muehlbaeur.
Sementara Ho telah mengumpulkan pasukan penerbitan yang ternama yang termasuk Encik Foster dan Wyclef, mereka telah menelan sebahagian besar daripada bajetnya, kata Encik Muehlbaeur.
Berkata secara umum, dia berkata adalah biasa untuk artis-artis Asia yang mempunyai bajet besar untuk membelanjakan berjuta-juta tanpa sebarang jaminan kejayaan.
"Ianya semua berkaitan dengan orang. Saya fikir adalah sangat jelas bahawa Sun Ho telah berhubung dengan orang-orang yang salah daripada sebaliknya bermula dengan kecil, dengan orang-orang yang sangat berbakat dan rendah hati."
Bekerjasama dengan artis-artis berprofil tinggi masih boleh menjadi hal yang baik untuk penyanyi-penyanyi baru kerana ianya boleh memberi mereka lebih pendedahan dan mengukuhkan kedudukan mereka, kata Encik Case.
Tetapi ada satu syarat. Muziknya mesti bagus.
"Anda boleh bekerjasama dengan penerbit yang terbaik di dunia tetapi sesuatu yang teruk tetap teruk," katanya.
Karier muzik Ho berakhir pada 2010 apabila polis mula menyiasat penyalahgunaan dana di CHC.
Lagu terakhirnya adalah single Inggeris, Fancy Free diterbitkan pada 2009. Ianya telah disediakan untuk album yang tidak pernah menjadi kenyataan.
26 Jun 2012 mengubah segala-galanya.
Suaminya, Kong Hee dan lima orang ahli senior CHC telah ditahan polis pada hari itu.
Mereka berenam telah didapati bersalah menyalahgunakan S$24 juta untuk mendanai karier muziknya dan S$26 juta lagi untuk menutupinya.
Ho mendapat tahu semasa perbicaraan suaminya bahawa kejayaan awalnya mungkin juga telah diperbesarkan.
ALBUM-ALBUM YANG TAK TERJUAL
Kejayaannya dalam pasaran bahasa Mandarin juga didapati tidak berasas kerana ahli-ahli gereja terpaksa mengeluarkan S$500,000 untuk membeli 32,500 daripada albumnya yang tidak terjual.
Dua daripada album Mandarinnya telah mengalami kerugian hampir S$1 juta, mahkamah diberitahu.
Dalam keputusan bertulis 270 halaman, Hakim See Kee Onn telah mengkritik Kong Hee mengatakan bahawa Kong Hee telah menggembar-gemburkan kejayaan karier muzik isterinya.
Perbicaraan itu juga telah menamatkan karier muzik Ho. Tetapi kepada pengikut-pengikut di gerejanya, dia tetap seorang bintang.
Pada 19 Oktober, Kong telah mencatit di Facebook bahawa Ho telah ditahbiskan sebagai seorang pastor. Dia kembali lagi dari mana dia bermula bertahun-tahun yang lalu.
(Dipetik sebahagian dan diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The New Paper bertajuk, "Sun Who? Why Sun Ho Failed To Crack US Market" penulisan Ng Jun Sen)