Isnin, 11 April 2016

10 Kesaksian Lelaki Paling Popular Di Blog Ini

Pada bulan lepas, saya telah memuatkan artikel 10 Kesaksian Wanita Paling Popular, dengan itu, kali ini tibalah giliran Lelaki.

Berikut ialah 10 Kesaksian Lelaki Paling Popular di blog domba2domba sejak mula blog (5 tahun yang lepas) hingga ke hari ini.

      
1. Jim Caviezel

Kesaksian Jim Caviezel, pelakon untuk watak Yesus dalam filem "The Passion of the Christ" telah menjadi viral sejak diterbitkan empat hari sebelum Paskah 2016. Ianya telah mendapat 67,934 pageview di blog ini sehingga kini.


2. Vaness Wu

Kesaksian Vaness Wu, penyanyi dan pelakon keturunan Asia, juga hakim untuk Asia's Got Talent telah menarik perhatian ramai. Artikel kesaksian ini telah mendapat 38,145 pageview.

3. Manny Pacquiao

Kesaksian  peribadi Manny Pacquiao, jaguh tinju dunia dari Filipina yang telah bertaubat selepas mendapat mimpi daripada Tuhan. Artikel ini mendapat 21,778 pageview setakat ini.
4. Johnny Lever

Kesaksian Johnny Lever, Raja Lawak Bollywood, yang mula mencari Tuhan apabila anaknya mengalami ketumbuhan yang sukar dirawat di lehernya. Artikel ini telah mendapat 12,811 pageview.


5. Nick Vujucic 

Kisah percintaan dan pernikahan Nick Vujicic, penceramah tanpa lengan dan kaki dengan buah hatinya Kanae Miyahara telah menawan hati pembaca. Artikel ini mendapat 11,577 pageview.


6. Kaka

Kesaksian Kaka, pemain bola sepak handalan dari Brazil yang memuliakan Tuhan dalam hidupnya di dalam dan di luar padang bola sepak. Ianya telah mendapat 8,724 pageview.
7. Teddy Hung

Kesaksian Teddy Hung, bekas ketua kongsi gelap kedua terbesar di dunia, bagaimana dia telah bertaubat dan datang kepada Tuhan. Artikel ini telah mendapat 5,478 pageview.


8. Sidney Mohede

Kesaksian Sidney Mohede, penyani dan penulis lagu Indonesia, bagaimana Tuhan telah menyelamatkannya daripada jalan kehidupannya yang merosakkan sewaktu muda (5,026 pageview).
9. Brani Duyon

Kesaksian Brani Duyon dari Sabah yang telah dibawa malaikat ke syurga dan bertemu dengan Yesus lalu menerima beberapa pesan khusus daripada-Nya. Artikel ini mendapat 3,882 pageview.
10. Chris Pratt

Kesaksian Chris Pratt, pelakon watak utama filem besar Jurassic World, yang tidak malu untuk menyatakan iman Kristiannya. Artikel ini telah mendapat 3,736 pageview.



Begitulah senarai 10 kesaksian lelaki paling popular di blog domba2domba selama lima tahun ini.