Sabtu, 4 Jun 2016

Kisah 3 Orang Pekerja Binaan

Gereja St. Paul, London yang berdiri megah telah dibina semula oleh Sir Christopher Wren
selepas bangunan gereja itu mengalami banyak kehancuran dan  kebakaran pada 1660an

Pada penghujung 1660an, Sir Christopher Wren telah diamanahkan untuk membina semula St. Paul's Cathedral di London. Menurut lagenda, pada suatu hari dia mengunjungi tapak pembinaan untuk bangunan besar itu dengan tidak dikenali oleh pekerja-pekerja di situ. Wren berjalan-jalan di sekitar tapak itu, dan menanya beberapa pekerja di situ apakah yang mereka sedang lakukan. 

Seorang pekerja menjawab. "Saya sedang memotong sekeping batu." Pekerja yang kedua menjawab, "Saya bekerja untuk upah 5 syilling setiap hari." Pekerja yang ketiga sebaliknya memiliki perspektif yang berbeza, "Saya sedang membantu Christopher Wren membina sebuah gereja besar yang mengkagumkan untuk kemuliaan Tuhan." Begitu besar bezanya sikap dan motivasi pekerja itu! 

Mengapakah kita melakukan apa yang kita lakukan adalah sangat penting, terutamanya mengenai pekerjaaan dan kerjaya kita. Itulah sebabnya Paulus mencabar orang-orang di Efesus untuk melakukan kerja mereka, "jangan hanya di hadapan mereka saja untuk menyenangkan hati orang, tetapi sebagai hamba-hamba Kristus yang dengan segenap hati melakukan kehendak Allah, dan yang dengan rela menjalankan pelayanannya seperti orang-orang yang melayani Tuhan dan bukan manusia." (Efesus 6:6-7)

Jika kita melakukan pekerjaan kita hanya untuk mendapat upah atau untuk menyenangkan majikan, kita akan gagal mencapai motivasi yang tertinggi - melakukan yang terbaik sebagai bukti kecintaan kita kepada Tuhan. Jadi, kenapakah kita bekerja? Seperti pekerja itu memberitahu Wren, kita bekerja "untuk kemuliaan Tuhan." 

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Our Daily Bread bertajuk, "Why We Work" penulisan Bill Crowder bertarikh 3 September 2012)