Selasa, 7 Jun 2016

Lagu-Lagu Kristian Menggegar Rangkaian TV Sekular Amerika

Penyanyi Carrie Underwood

Pihak liberal mungkin cuba melenyapkan Yesus, tetapi Tuhan telah menunjukkan mereka siapa yang BENAR-BENAR berkuasa dengan cara yang paling mengkagumkan.

Sewaktu Carrie Underwood melancarkan "Jesus Take The Wheel" sebagai rakaman single pertamanya selepas memenangi American Idol, dia telah mencabar agenda sekular dengan suatu daya yang tidak pernah mereka alami. 

Pada waktu kemenangan Carrie dalam American Idol, Yesus bukan topik yang popular di televisyen, apalagi untuk menyanyikan seluruh lagu mengenainya. 

Bagaimanapun lagu Country dan Kristian itu menjadi kegemaran ramai merentasi lingkungan, yang memenangi Anugerah Grammy untuk Persembahan Vokal Terbaik Artis Wanita Untuk Lagu Country dan Lagu Country Terbaik, dan telah mendapat jualan 2.5 juta album di Amerika Syarikat sahaja sehingga kini. 



Meskipun mendapat kritikan kerana kelantangannya berbicara mengenai iman Kristiannya, Carrie masih terus menyanyikan mengenai Yesus di hadapan jutaan orang. 

Satu dekad sudah berlalu sejak Carrie melancarkan lagu "kontroversinya" mengenai Yesus, dan selepas melihat bagaimana rancangan pertandingan realiti telah berubah sejak itu - ianya jelas bahawa betapa media arus perdana mencuba mengetengahkan agenda sekular, cahaya Yesus tidak akan dapat diatasi oleh kegelapan Iblis.  

Sebagai contohnya, ianya perkara yang bukan kecil apabila 8 peserta pusingan akhir American Idol pada 2008 menyanyikan sebuah lagu popular Kristian "Shout to the Lord." Ianya adalah detik bersejarah untuk menonton individu-individu berbakat itu mengisytiharkan Yesus sebagai Juruselamat kita dalam salah satu rancangan TV yang  paling popular sepanjang masa. 

Apabila saya mendengar lirik lagu ini, ianya amat jelas bahawa Tuhan sedang menggunakan peserta-peserta American Idol ini dengan cara yang luar biasa. 

“My Jesus, My Savior,
Lord, there is none like You;
All of my days
I want to praise
The wonders of Your mighty love.
My comfort, my shelter,
Tower of refuge and strength;
Let every breath, all that I am
Never cease to worship You.
Shout to the Lord, all the earth,
Let us sing
Power and majesty, praise to the King;
Mountains bow down and the seas will roar
At the sound of Your name.
I sing for joy at the work of Your hands,
Forever I’ll love You, forever I’ll stand,
Nothing compares to the promise I have in You.”
Persembahan itu adalah permulaan orang-orang Kristian memuji Yesus di TV, tidak kira betapa rangkaian-rangkaian TV cuba mengugut mereka. 



Brandi Love menggunakan bakat menyanyinya untuk memuliakan Tuhan di TV pada 2013. Love yang teman lelakinya seorang juruterbang helikopter tentera, muncul di The X Factor dan menyanyi "Up To The Mountain."

Semua orang tahu betapa kuat kritikan juri Simon Cowell, tetapi persembahan Brandi begitu indah sehingga dia tidak dapat menyangkal hadirat Tuhan.

“Brandi, kamu telah bawa kami ke gereja,” kata Simon Cowell.


Kerinduan Amerika untuk Yesus menjadi lebih ketara lagi apabila Jordan Smith memenangi The Voice tahun lepas. Jordan telah menyanyikan lagu-lagu Kristian di sepanjang pertandingan itu. 

Walaupun Adam Levine, yang menjadi jurulatih Jordan, memberitahunya agar tidak menyanyikan "Mary, Did You Know?", akhirnya lagu itulah yang telah menjaminkan kemenangannya. 

Jordan Smith, juara The Voice 2015

Jordan mempersembahkan "Mary, Did You Know?" pada musim Krismas - pada waktu di mana media arus perdana cenderung menyembunyikan aspek paling utama Krismas, iaitu Yesus. Daripada mengikut trend, Jordan sebaliknya mengikuti jalan Tuhan dan telah diberi ganjaran memenangi pertandingan itu.

Bagaimanapun lagu kegemaran saya daripada lagu-lagu bertema iman yang dipersembahkan oleh Jordan adalah ketika dia menyanyikan lagu klasik Krismas, "Great Is Thy Faithfulness."



Salah satu detik paling diingati ketika Yesus ditinggikan di hadapan jutaan orang di TV adalah apabila Yolanda Adams, penyanyi Injil yang juga pemenang anugerah Grammy memberi persembahan di The Tonight Show.

Penyanyi berusia 53 tahun itu menguasai pentas dengan persembahan bertenaga lagu hitnya "Victory." Persembahannya begitu bagus sehingga Jimmy Fallon pun tersasul kata selepas Yolanda membawa penyembahan yang hebat sepanjang usia ke NBC yang liberal!

Suara Yolanda yang sempurna, koir yang penuh semangat, pemain-pemain muzik yang berbakat, dan lirik lagu yang sungguh menyentuh hati membuat saya terpegun! Penyanyi asal Texas itu begitu berani mengambil pendirian di sebuah rangkaian TV yang terkenal liberal.

Lihat saja beberapa senikata daripada "Victory" yang menyebabkan para penonton bersorak:

“Truly I’ve been through the storm and rain. I know everything about heartache and pain. God carried me through it all. Without His protection I’d surely fall. I’ve been broke without a dime to my name. But all my bills got paid because I called on Jesus name. You can’t tell me that God isnt real ’cause I’ve got the victory and that’s why I’m still here.”

Kebaikan Tuhan juga bersinar terang dalam satu audition untuk Britain's Got Talent apabila 100 Voices Of Gospel, sebuah koir Injil dengan penyanyi-penyanyi dari seluruh dunia, mempersembahkan suatu nyanyian Kristian klasik yang menginspirasikan, "This Little Light of Mine."

Saya rasa terpegun menonton koir Injil ini mengambil pendirian untuk iman Kristian mereka melalui bakat nyanyian yang telah diberikan Tuhan kepada mereka.

100 Voices Of Gospel mendapat tepukan gemuruh sambil berdiri dari seluruh dewan - termasuk keempat-empat juri. Simon Cowell ternyata tersentuh oleh Tuhan dengan persembahan mereka, dan saya tidak pernah melihatnya sebegitu gembira.

Apabila 100 Voices Of Gospel mendapat isyarat Golden Buzzer yang diidamkan selepas persembahan mereka, saya tahu itu adalah ganjaran Tuhan untuk mereka. Golden Buzzer itu memberikan mereka laluan terus ke separuh akhir rancangan itu yang disiarkan secara langsung.



Bagaimanapun persembahan paling besar di siaran langsung TV adalah apabila Carrie Underwood memuliakan Yesus dalam siri penutupan tirai terakhir American Idol beberapa minggu yang lalu.

Carrie mempersembahkan “Something In The Water,” lagunya yang mengisahkan tema-tema biasa Kristian seperti mengikut Tuhan, baptisan, dan berpegang pada iman, dengan senikata seperti, “I followed that preacher down to the river and now I am changed, and now I’m stronger, there must have been something in the water.”
Bukan calang-calang lagi Carrie telah terpilih sebagai penyanyi terakhir dari siri-siri American Idol untuk menutupi rancangan itu. Siri penutupan tirai dua jam itu telah menarik jumlah menakjubkan 12.94 juta penonton. Oleh kerana keputusan Carrie untuk menyanyikan lagu Kristian, jutaan orang telah mengalami cahaya Yesus.

Ketika Carrie diminta untuk menyampaikan persembahan terakhir penutupan tirai American Idol, dia mudah saja dapat memilih mana-mana lagu hitnya yang tidak mempunyai sebarang mesej mengenai Kekristianan. Carrie seorang wanita yang bijak - dia sangat menyedari pengaruh yang dimilikinya kini sebagai seorang selebriti.

Carrie Underwood

Persembahan Carrie yang sempurna itu benar-benar adalah detik-detik yang mengkagumkan. Lagu itu sungguh indah dan menginspirasikan. Pada penghujung persembahan Carrie, dia telah memasukkan senikata daripada lagu klasik Kristian "Amazing Grace." 

Sambil lampu dipadamkan selepas berakhirnya persembahan Carrie, kamera telah merakamkannya mengucapkan kata-kata "Puji Tuhan," sebaik sahaja dia berhenti mengangkat tangannya ke arah syurga.  

Persembahan terakhir Carrie di American Idol adalah pengalaman yang kembali kepada asalnya. Di situ dia menyanyi mengenai Yesus untuk kali terakhir di pentas yang telah menjadikannya terkemuka.

Pencapaian Carrie sebagai seorang artis muzik, dan berkat-berkat yang telah diterimanya, menunjukkan dengan jelas ganjaran yang datang apabila kita menyerahkan diri kita kepada Tuhan. 


Apabila seorang peserta dalam The Voice mempersembahkan dengan penuh perasaan lagu Injil yang berkuasa "Break Every Chain" beberapa hari yang lalu, saya tahu bahawa pihak liberal tidak dapat memadamkan Yesus daripada TV. 

"Break Every Chain" mengisahkan seruan kepada Tuhan untuk membebaskan kita dari dosa dan pelanggaran kita. Paxton Ingram mencurahan sepenuh hatinya sepanjang persembahan dan memuliakan Tuhan dengan bakat nyanyiannya. Mustahil untuk tidak merasakan hadirat Tuhan selepas menonton persembahannya yang berkuasa. 

Paxton Ingram

“There is power in the name of Jesus,” Paxton Ingram menyanyikan berulang-ulang kali pada permulaan persembahan itu.
Ketika saya mendengar apa yang berlaku kepada Paxton selepas dia menyampaikan lagu Injil ini di sebuah rangkaian TV yang terkenal liberal, saya menyedari lebih lagi bagaimana rencana Tuhan selalu terlaksana. 

Dalam masa kurang 48 jam selepas persembahan lagu Injilnya, penyampaiannya untuk "Break Every Chain" telah menjadi lagu tertinggi di carta iTunes dari The Voice. Lagu injil itu menduduki tempat #23 di iTunes, manakala 11 persembahan lain dari malam itu di The Voice mendapat kedudukan #28 ke #125. Kejayaan mengkagumkan lagu itu menunjukkan berapa ramainya orang yang telah dipimpin kepada Yesus selepas menyaksikan persembahan Paxton. 


Dalam masa beberapa tahun, media arus perdana beralih dari kawalan penuh ke atas keberadaan Yesus di TV kepada dilanda oleh orang-orang Kristian yang lantang di rancangan-rancangan pertandingan realiti yang enggan menyembunyikan iman mereka. 

Tuhan memberkati individu-individu yang berbakat ini yang telah berkongsi iman mereka dengan berani dalam Yesus!

(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel QPolitical bertajuk, "Carrie Underwood Posts Heartbreaking News That Could Change Everything For Christians In America")