Khamis, 16 Jun 2016

Replika Bahtera Nuh Berlanggar Dengan Kapal Di Pelabuhan Oslo


Sebuah replika penuh bahtera Nuh telah mengalami kerosakan besar apabila ianya berlanggar dengan sebuah kapal Pengawal Pesisiran Laut Norway semasa ianya sedang meninggalkan pelabuhan Oslo. 

Bahtera sepanjang 70 meter (230 kaki) sedang ditarik keluar daripada pelabuhan pada pagi Jumaat oleh kapal-kapal tarik apabila "beberapa perkara buruk terjadi", menurut kenyataan daripada Ark of Noah. 



Semasa dibawa keluar dari pelabuhan, bahtera itu berlanggar dengan sebuah kren yang tertonjol keluar daripada sebuah kapal pengawal pesisiran laut, mengoyakkan satu bahagian penuh dinding bahtera buatan kayu itu. 

Sedutan video menunjukkan pelanggaran yang terjadi dari jarak agak jauh, tetapi foto-foto selepas kejadian itu menunjukkan sejauh mana kerosakan yang terjadi.





Tiada orang tercedera dalam pelanggaran itu, tetapi bahtera itu, yang juga merupakan muzium, akan terus berada di pelabuhan itu kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan, walau pun kenyataan itu menambah bahawa "kami belum tahu bagaimana ianya akan dibaiki pada masa ini."

Bahtera itu adalah satu daripada dua bahtera yang telah dibina oleh tukang kayu Belanda Johan Huibers dalam jangka masa tujuh tahun selepas dia bermimpi mengenai banjir di kotanya. 

Sejak masa itu lebih sejuta orang telah mengunjungi replika-replika bahtera itu untuk melihat haiwan-haiwan yang telah dijinakkan seperti llama, kuda kecil dan arnab, menurut The New York Times.




(Diterjemah oleh SDP daripada artikel RT.com bertajuk "Biblical Collision: Noah's Ark Crashes Into Norwegian Coast Guard Ship" bertarikh 12 Jun 2016)