Sabtu, 26 November 2016

Sekolah Pelayanan SOM Akan Diadakan Di Kota Kinabalu, Lawas & Miri Pada Januari 2017

Berikut adalah mesej WhatsApp yang telah saya terima lebih seminggu yang lalu daripada Pastor Ong, pengelola dan penganjur School of Ministry. Jika anda tinggal di Sabah dan Sarawak, ambillah kesempatan ini untuk mengikuti kem pelayanan ini yang akan memperlengkapi anda menjadi pelayan yang baik.

Kepada Rakan-Rakan Pendoa,

Sebagaimana yang anda tahu, salah satu daripada kerinduan saya dalam hidup adalah untuk membangkitkan 1,000 pastor dan pemimpin rohani. Ianya bukan hanya mengenai individu-individu mengalami penerobosan (breakthru) dalam hidup peribadi mereka (walaupun itu memang penting) tetapi supaya mereka akan terlibat sebagai pelayan dalam kerajaan Allah. Agar mereka dapat dengan taat melaksanakan Amanat Agung Tuhan Yesus - menjadikan segala bangsa murid-Nya. 

Salah satu daripada strategi yang Tuhan telah berikan kepada saya adalah memuridkan orang melalui School of Ministry (SOM). SOM adalah satu program di mana para peserta akan mengikuti kem selama sebulan di mana kami akan mengajarkan Alkitab, terutama topik-topik berkaitan dengan pemuridan. Saya telah menganjurkan berdozen SOM sejak 6 tahun lepas dan beratus orang telah menyertainya.

Betapa saya rindu agar saya dapat menganjurkan beratus-ratus SOM dan mementorkan beribu-ribu orang. Tetapi setiap SOM memerlukan perbelanjaan besar serta usaha dan masa yang banyak. Lebih-lebih lagi apabila ianya diadakan dalam Bahasa Kebangsaaan Malaysia. Ianya tidak dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris sebab matlamat kami bukanlah untuk mereka yang berbahasa Inggeris. Saya seorang misionari/pemurid lintas budaya yang berusaha untuk membangkitkan pemimpin-pemimpin rohani di kalangan suku-suku bangsa, agar mereka menyembah Tuhan, mentaati Firman, dan mentransformasikan komuniti-Nya.  

Saya telah melampirkan bersama mesej ini, poster-poster untuk SOM Lawas, Sarawak, dan SOM Kota Kinabalu, Sabah. Sila sampaikan kepada mereka yang patut menyertainya. Ada satu lagi SOM di Miri, yang dinamakan semula sebagai B.A.S.I.C. School (4-25 Januari) di BEM On The Rock, Miri. Saya akan hantarkan posternya kemudian.

BASIC, Miri (4 - 25 Jan)
SOM KK (9 Jan - 12 Feb)
SOM Lawas (13 Jan - 6 Feb)

Saya tahu sebahagian daripada kamu tidak akan dapat menyertainya, tetapi saya perlukan doa kamu untuk kami yang terlibat... 

Doakan untuk hikmat dan kekuatan! Doakan untuk sumber kewangan kerana kami akan menaja suku kaum dari kawasan luar bandar. Doakan agar pemimpin-pemimpin rohani akan dibangkitkan dari kalangan mereka!

Semoga Tuhan Yesus dipermuliakan di kalangan bangsa-bangsa!

Daripada Pastor Ong,
Melalui mesej WhatsApp dari kawasan Stutong di Kuching,

(Dipetik dan diterjemahkan oleh SDP daripada mesej WhatsApp Pastor Ong Boon Cheang yang bertarikh 16 November 2016) 


----------------------------

Tengahari tadi saya telah menerima dari Sdr Yaski borang maklumat dan pendaftaran untuk kem BASICS di BEM On The Rock, Miri. Bagi yang berminat, sila daftar awal, bagi yang mendaftar sebelum 30 Nov yurannya RM85, dan selepas 30 Nov yurannya RM100.