Dalam artikel klasik Guideposts ini dari Disember 1966, penginjil dan pengarang Billy Graham menulis mengenai tiga simbol yang mewakili makna sebenar musim perayaan ini.
Palungan |
Palungan di Betlehem yang terpencil itu bakal menjadi penghubung yang mengeratkan kembali dunia yang sesat kepada Tuhan yang penuh kasih.
Salib |
Yesus, semasa menghampiri salib, berkata, Untuk inilah aku dilahirkan, dan untuk sebab inilah aku datang ke dunia. Bagi orang-orang Kristian sukacita Krismas tidak hanya terhad kepada kelahiran-Nya. Kematian dan kebangkitan-Nya yang memberi makna kepada kelahiran-Nya.
Di kayu saliblah dunia mendapat jawaban kepada masalahnya yang menghimpit.
Mahkota |
Ya, Yesus adalah Raja di atas segala raja, dan Tuhan atas segala tuan, dan Dia akan kembali satu hari nanti. Dia tidak akan kembali sebagai bayi di palungan Betlehem.
Bila Dia datang lagi, ianya akan penuh gemilang dan Dia akan dijadikan Tuhan atas segalanya.
Palungan-salib-mahkota (Crib-cross-crown). Biarlah mereka berbicara dengan anda. Biarlah kekuasaan-Nya yang telah datang kepada kita pada Krismas menguasai anda, dan Dia pasti akan mengubah hidup anda.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Guideposts bertajuk, "Guideposts Classic: Billy Graham On Christmas" yang ditulis oleh Billy Graham bertarikh Disember 1966)