Gereja Presbyterian St Andrew, Kuala Lumpur pada hari ini telah mengadakan kebaktian perayaan ulang tahun ke-100 pembukaannya.
Batu asas untuk gereja St Andrew telah diletakkan pada 3 Oktober 1917 di sebidang tanah yang telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi tujuan keagamaan kepada bendahari gereja melalui geran.
Gereja itu telah dibuka pada 17 April 1918 dalam satu upacara yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British ketika itu, Sir Arthur Young.
Gereja St Andrew telah dimulakan asalnya pada 1915 untuk secara khusus melayani komuniti British di Kuala Lumpur - yang sebahagian besarnya Scottish yang terbiasa dengan sistem gereja Presbyterian.
Pada hari ini Gereja St Andrew mempunyai jemaat seramai 700 orang dari anggaran 25 negara, dengan lebih daripada separuhnya rakyat Malaysia dan juga termasuk jemaat dari Indonesia seramai 100 orang.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail Online bertajuk, "Now 100 Years Old, St Andrew's Church Prepares Second Time Capsule With Malay Mail Articles" yang ditulis oleh Tasha Jayamanogaran bertarikh 15 April 2018)
Foto lama Gereja St Andrew bertarikh sekitar 1922 |
Bangunan gereja telah dibina mengikut gaya seni bina konvensional Gothic. Manakala bahagian-bahagian lain bangunan gereja telah ditambah kemudian, ruang ibadah utama St Andrew yang telah dibina seabad lalu menggunakan tenaga buruh tempatan dan bahan tempatan - seperti kayu jati dan cengal - telah bertahan menerusi masa dan masih kukuh strukturnya.
Ruang ibadah St Andrew Kuala Lumpur |
Foto pasangan pengantin di perkarangan Gereja St Andrew (Foto dari www.stories.my) |
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail Online bertajuk, "Now 100 Years Old, St Andrew's Church Prepares Second Time Capsule With Malay Mail Articles" yang ditulis oleh Tasha Jayamanogaran bertarikh 15 April 2018)