Juruterbang yang telah dengan selamat mendaratkan kapal terbang Southwest Airlines yang rosak pada hari Selasa telah mendapat pengalaman pertama penerbangannya dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, menurunkan jet pejuang F-18 pada kelajuan 150 batu sejam ke atas kapal pembawa kapal terbang.
Tammie Jo Shults, 56, mungkin telah menggunakan kemahiran-kemahiran Tentera Lautnya ketika salah satu daripada dua enjin di pesawat Boeing 737-700 meletup dan pecah pada ketinggian 32,000 kaki pada hari Selasa, memaksanya untuk melaksanakan pendaratan mendadak di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia.
Letupan itu telah membunuh seorang penumpang dan hampir menyedut seorang lagi keluar dari tingkap yang pecah.
Salah satu juruterbang wanita pertama untuk jet pejuang Tentera Laut, Shults dengan tenang memberitahu pusat kawalan trafik udara bahawa sebahagian daripada kapal terbangnya sudah terpecah, dan bahawa dia memerlukan ambulan-ambulan menunggu di landasan lapangan terbang.
"Kami kehilangan sebahagian dari kapal terbang, jadi kami perlu memperlahankannya sedikit," dia memberitahu seorang petugas pusat kawalan.
Ramai daripada jumlah 144 penumpang itu telah memujinya di media sosial selepas Shults mengucapkan terima kasih kepada mereka sambil mereka meninggalkan kapal terbang.
"Juruterbang Tammie Jo sungguh mengkagumkan! Dia mendaratkan kami dengan selamat di Philly," kata Amanda Bourman di Instagram. "Tuhan telah menghantar malaikat-malaikat-Nya untuk menjaga kami. Saya sebenarnya mendengar seorang berkata, 'Tuhan memang ada!!'"
Para penumpang telah mengenalpasti Shults sebagai juruterbangnya. Southwest Airlines tidak ingin memberikan senarai nama kru penerbangan 1380 itu dan Shults tidak dapat dihubungi serta-merta untuk ulasannya.
Pihak berkuasa berkata bahawa kru telah melakukan menurut latihan yang mereka telah lalui.
"Mereka menggunakan simulator dan berlatih melakukan pendaratan kecemasan... dan kehilangan satu enjin... Mereka melakukan apa yang juruterbang profesional dilatih untuk melakukan," Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Robert Sumwalt memberitahu para wartawan.
'Tuhan Telah Menghantarkan Malaikat-Malaikat-Nya'
Shults mungkin tidak akan menjadi juruterbang jika dia tidak begitu bertekad untuk menjadi juruterbang sejak usia muda.
Dia telah dipetik menyebut dalam blog jet pejuang F-16, mengatakan bahawa dia telah cuba menghadiri hari kerjaya penerbangan semasa di sekolah menengah tetapi diberitahu bahawa mereka tidak menerima orang perempuan.
Anak jati New Mexico, dia tidak pernah hilang keinginannya menjadi juruterbang dan selepas mempelajari perubatan di Kansas, dia memohon untuk menyertai Angkatan Tentera Udara. Mereka tidak mengizinkannya mengambil ujian menjadi juruterbang, tetapi Tentera Laut mengizinkannya.
Dia adalah salah satu juruterbang wanita pertama untuk F-18 dan menjadi seorang jurulatih sebelum dia meninggalkan Tentera Laut pada 1993 dan menyertai Southwest, menurut blog itu.
Seorang Kristian, yang bernikah dengan seorang juruterbang lain dan mempunyai dua orang anak, Shults berkata dengan duduk di kerusi kapten memberikannya "kesempatan untuk bersaksi bagi Kristus dalam hampir setiap penerbangan."
Bourman adalah di kalangan penumpang-penumpang yang mengatakan mereka telah diselamatkan oleh campur tangan Tuhan.
"Tuhan telah menghantar malaikat-malaikat-Nya untuk menjaga kami," katanya.
(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Pilot: 'God Sent His Angels' To Guide Her In Southwest Plane Landing" yang ditulis oleh Andrew Hay/Reuters bertarikh 18 April 2018)
(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Pilot: 'God Sent His Angels' To Guide Her In Southwest Plane Landing" yang ditulis oleh Andrew Hay/Reuters bertarikh 18 April 2018)