Sabtu, 4 Ogos 2018

Kisah Benar Pencuri Yang Mencuri Alkitab Gutenberg


Pada 1969, seorang lelaki bernama Vido Aras telah bersembunyi di sebuah bilik air di Widener Library, Harvard sehingga bangunan itu ditutup. Dia kemudian dengan senyap menaiki bumbung dan menggunakan tali untuk memanjat ke tingkap sebuah bilik di mana Universiti itu menyimpan naskah Alkitab Gutenberg.

Aras berjaya mengambil dua jilid itu daripada kotaknya dan menyimpannya dalam beg galasnya, tetapi ketika dia cuba memanjat balik ke tali, dia mendapati kitab seberat 70 paun (32 kilogram) itu menjadi beban baginya. 

Setelah bergelut beberapa waktu, pencuri itu terlepas cengkamannya dan terhempas enam tingkat ke bawah, di mana dia dijumpai pada pagi esoknya. Alkitab Gutenberg dijumpai dalam keadaan sedikit sahaja rosaknya. Manakala Aras pula mengalami retak di tulang tengkoraknya.





(Dipetik dan diterjemah daripada artikel History.com bertajuk, "7 Things You May Not Know About The Gutenberg Bible" yang ditulis oleh Evan Andrews bertarikh 23 Februari 2015)